Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Ali Hassan meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Johor, di sini, awal hari ini akibat masalah jantung.
Menantu Allahyarham, Kamarul Shahriman Kamaruddin, 41, berkata bapa mentuanya disahkan meninggal dunia pada 2.30 pagi oleh doktor.
"Saya menerima panggilan daripada ibu mentua pada 1 pagi tadi mengatakan bapa mentua mengalami semput dan kesukaran bernafas.
"Saya dan isteri, Zarina, (anak sulung Allahyarham) terus bergegas dari rumah kami di Kempas, di sini, ke rumah Allahyarham," katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Taman Nong Chik, di sini, hari ini.
Kamarul Shahriman berkata mereka sekeluarga kemudian terus membawa Mohd Ali ke Hospital Pakar KPJ Johor kira-kira 1.30 pagi lalu dimasukkan ke Unit Kecemasan hospital berkenaan bagi rawatan.
Beliau berkata bapa mentuanya kemudian disahkan meninggal dunia pada 2.30 pagi akibat masalah jantung.
Mohd Ali, 79, meninggalkan isteri Misbah Sakat, 67, dua anak lelaki dan dua anak perempuan serta 11 cucu.
Menurut Kamarul Shahriman, keadaan kesihatan bapa mentuanya mula merosot selepas Aidilfitri baru-baru ini dan ada mengadu beliau berasa lemah dan sukar bernafas sehingga menyebabkan gangguan tidur serta hilang selera makan.
Beliau berkata bapa mentuanya itu pernah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor pada 4 Jun lepas berikutan serangan jantung dan paru-paru berair sebelum dibenarkan keluar hospital, seminggu sebelum menyambut Aidilfitri.
"Sepatutnya Allahyarham juga hendak ke hospital hari ini, namun, tidak sempat. Mengikut jadual, beliau juga sepatutnya menjalani pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara, bulan depan," katanya.
Kamarul Shahriman berkata jenazah bapa mentuanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, 10 pagi ini.
Allahyarham berpengalaman luas dalam bidang politik termasuk pernah memegang jawatan pengerusi Majlis Agama Islam Johor dari 1989 hingga 1990 selain menjadi speaker DUN Johor dari 2004 hingga 2013.
Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Noh Gadut dan Speaker DUN Johor Tan Mohamad Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2017
Allahyarham Mohd Ali berpengalaman luas dalam bidang politik termasuk pernah memegang jawatan pengerusi Majlis Agama Islam Johor dari 1989 hingga 1990 selain menjadi speaker DUN Johor dari 2004 hingga 2013. - fotoBERNAMA / Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.
ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
[KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi?
Keluar mengundi demi UNDI - Usaha, Negara, Demokrasi dan Impian kita semua.
PRN: Gelanggang untuk rebut 245 kerusi DUN bermula hari ini
'Gelanggang' Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuka tirai secara rasmi hari ini.
Rayuan bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti P.Pinang didengar 8 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Nov depan untuk mendengar rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN agar mereka mengosongkan kerusi mereka.
DUN Selangor lulus Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025.
Empat ADUN PN di P.Pinang tetap hadir persidangan DUN Isnin ini
ADUN Seberang Jaya Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan.
PRN: Enam negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun
Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu sepakat membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun.
PRU15: Kedah, Terengganu akur pendirian tidak bubar DUN, P. Pinang masih menanti
Pimpinan Pas Kedah dan Terengganu akur dengan pendirian Pas Pusat untuk kekal tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).