awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas tentera dipenjara selepas lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
17/02/2023
06:51 MYT
Bekas tentera dipenjara selepas lakukan amang seksual terhadap anak lelaki
Tertuduh yang berusia 52 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan selepas membuat pengakuan bersalah sejurus satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Tindakan terkutuk seorang bapa kandung melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia enam tahun berbalas apabila dijatuhi hujuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Tertuduh yang berusia 52 tahun dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang mempunyai hubungan bapa kandung didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dengan cara menyentuh anggota sulitnya bagi maksud seksual.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Padang, Melaka Tengah antara pukul 10.30 malam hingga 3 pagi, antara 5 dan 6 Februari 2023 lalu.
Mengikut fakta kes, kejadian itu disedari oleh bekas isterinya yang berusia 37 tahun selepas kanak-kanak itu mengadu bahawa kemaluannya berasa sakit.
Kanak-kanak itu kemudian memaklumkan bapanya telah melakukan sesuatu terhadap alat sulitnya sebelum wanita berkenaan kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah pada 11 Februari lalu.
Justeru, tertuduh yang juga bekas anggota tentera didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Tertuduh yang diwakili peguam Muhamad Syah Azlan Abdullah merayu hukuman yang rendah dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan dia menanggung dua daripada lima anaknya yang masih bersekolah.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.
Hakim Darmafikri pada penghakimannya kemudian berkata, pertuduhan terhadap tertuduh merupakan perkara yang serius memandangkan sebagai bapa, tertuduh sepatutnya melindungi keselamatan anak yang telah diamanahkan.
Beliau turut memerintahkan hukuman pemenjaraan bermula dari tarikh ditangkap pada 11 Februari lalu.
Topic Berkaitan
#bekas tentera
#amang seksual
#anak lelaki
#Bapa kandung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan