LAHAD DATU:Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Railey Jeffrey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, pada pukul 5.30 petang, Sabtu.
Berita itu dikongsi kenalan Allahyarham iaitu mantan Pengerusi Persatuan Etnik Cocos Sabah (PECOS) cawangan Lahad Datu Ishak Harry, 74, yang dihubungi Bernama semalam.
Ishak berkata perkara itu diketahui melalui adik Allahyarham, Kemley Jeffrey.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
"Allahyarham merupakan rakan saya dari kecil kerana kami tinggal berjiran di Kampung Segama.
"Allahyarham, sesungguhnya seorang sahabat serta pemimpin yang baik hati dan jujur," katanya dan kali terakhir bertemu pada tiga tahun lalu ketika Persidangan UMNO di Lahad Datu.
Railey menjawat jawatan Timbalan Menteri Penerangan pada tahun 1986 sehingga 1995 dan selepas itu memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 1999.
Pada tempoh itu, beliau merupakan Anggota Parlimen Silam daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang kemudian menyertai UMNO pada tahun 1991.
--BERNAMA
Bernama
Sat Dec 26 2020
Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Railey Jeffrey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, pada pukul 5.30 petang, Sabtu.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Jenazah Datuk Railey Jeffrey selamat dikebumikan
Railey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, pada 5.30 petang semalam, akibat sakit tua.
Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Railey Jeffrey meninggal dunia
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.