KUALA LUMPUR: Bekas timbalan presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor malam ini.
Ahli Majlis Tertinggi MIC L. Sivasubramaniam yang mengesahkan perkara itu berkata mendiang yang diserang strok pada 2011 dan terlantar sejak itu meninggal dunia dalam tidur, kira-kira 8 malam tadi.
"Hampir 11 tahun beliau lumpuh dan terlantar, beliau meninggal di rumahnya. Upacara pengebumian pada Khamis (7 Julai)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mendiang Subramaniam meninggalkan isteri Puan Sri Tina Subramaniam, 70, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Subramaniam pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Damansara dan Segamat antara tahun 1974 hingga 2004.
Subramaniam juga pernah memegang jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dalam arena politik, Subramaniam mula menjadi ahli MIC pada tahun 1962 dan pernah menyandang jawatan sebagai setiausaha agung, naib presiden dan timbalan presiden.
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC R.T Rajasekaran berkata MIC melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Parti kami bersimpati kepada keluarga (mendiang) dan tentulah kita perlu mengingati perkhidmatan Tan Sri Subramaniam kepada negara dan juga parti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

Mendiang Tan Sri S Subramaniam meninggalkan balu Puan Seri Tina Subramaniam, 70, dan dua anak lelaki serta seorang anak perempuan. -Gambar fail/ Bernama

Pendidikan | Sektor pendidikan Sarawak tidak jumud - Roland Sagah
Sistem pendidikan di Malaysia kekal di takuk lama. Itu pengakuan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Namun bagi Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn negeri itu terkecuali. kata Roland, sektor pendidikan Sarawak tidak jumud.

PCDS 2030 | Buka peluang pekerjaan sepadan kemahiran belia
Sarawak berada di landasan tepat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam jangka masa panjang. Ia hasil strategi pembangunan pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang antara lain mengadaptasi transformasi digital dan memperkasakan peranan pusat kemahiran teknikal.

Kerjasama Pertahanan | Malaysia, Indonesia tandatangan MoU luaskan kerjasama pertahanan
Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan, yang merangkumi lima skop utama. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mou itu membabitkan perkongsian maklumat mengenai isu pertahanan, kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera di pelbagai peringkat termasuk pertukaran pegawai, latihan ketenteraan dan pendidikan.

Telekomunikasi | MOCN percepatkan akses internet
Teknologi Multi-Operator Core Network (MOCN) bakal mempercepatkan akses jaringan internet dan talian telefon ke kawasan pedalaman Sarawak. Melalui teknologi ini, syarikat Telko sedia ada hanya perlu memanfaatkan 600 menara yang sedang di bina di bawah Program Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) sebagai tapak pemancar.

Motivasi | APC beri suntikan semangat, martabatkan MARA
Penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang akan menjadi penanda aras dalam memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi. Menyempurnakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) mara 2021, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata ini juga akan beri peluang kepada individu meningkatkan kredibiliti dalam kerjaya masing-masing.

Pelancong Kurang | Peniaga kraf menghitung hari gulung tikar
Berbeza situasinya di Sabah. Kekurangan pelancong yang datang ke negeri itu beri kesan besar kepada golongan peniaga kraftangan. Tinjauan di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, mendapati kebanyakan peniaga bimbang akan situasi ini kerana periuk nasi mereka bergantung kepada pelancong.

Kerjasama Strategik | LPNM dan PFI meterai MoU, perluas penanaman nanas
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Dan Pusaka Food Industry Sdn. Bhd. (PFI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam perluasan kawasan penanaman nanas dan bidang pembangunan usahawan produk berasaskan tanaman itu.

Industri Pelancongan | Sarawak catat peningkatan lebih 800 peratus
Industri pelancongan Sarawak menunjukkan peningkatan 800 peratus sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini merangkumi ketibaan pelancong dan nilai resit pelancongan dalam negeri. Jumlah keseluruhan pelancong domestik dan antarabangsa turut menyumbang nilai resit pelancongan bernilai RM1.64 bilion. Perkembangan luar biasa itu disumbang daripada penganjuran berterusan acara pelancongan berskala besar di Sarawak.

'Saya sepatutnya berlakon dalam Top Gun bersama Tom Cruise' - Lewis Hamilton
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu bahawa dia sangat terdesak untuk mendapat watak dalam filem berkenaan.

UMNO cawangan Taman Kebun Teh terima sumbangan RM10,000 daripada Shahrir - Saksi
Shahrir adalah sumber utama untuk dapatkan bantuan apabila cawangan itu berdepan masalah kewangan, kata saksi.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas T

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.