[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Bekas Timbalan Presiden PAS dituduh di mahkamah esok

Fareez Azman 21/10/2019 | 10:20 MYT
Dr Nasharudin Mat Isa ditahan SPRM kira kira pukul 2 petang Isnin di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sejurus proses siasatan akhir selesai. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mendapat izin daripada Peguam Negara untuk menuduh bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.
Nasharudin bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.
Sekitar pukul 2 petang Isnin, Nasharudin ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sejurus proses siasatan akhir selesai.
Beliau, bagaimanapun, dilepaskan dengan jaminan SPRM.
#AMLA #Mahkamah Sesyen #PAS #Peguam Negara #pengubahan wang haram #politik #Putrajaya #shah alam #siasatan #SPRM