NATIONAL
Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia di Hospital KPJ di Kota Kinabalu di sisi ahli keluarga. - Gambar FB Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dalam kenyataan berkata, Allahyarham meninggal dunia pada jam 8.45 malam Selasa.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital KPJ di Kota Kinabalu di sisi ahli keluarga.
Katanya, Kerajaan Negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu (1) hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh tersebut.
Ahmadshah ialah Yang Dipertua Negeri kesembilan dan berkhidmat dari 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002.