KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden (VP) Astro, Marc Lourdes meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM40 Jalan Kota Baru-Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu.
Berita sedih itu dikongsi isterinya, Darshini Kandasamy menerusi laman sosialnya, lewat petang Sabtu, lapor NST.
"My beloved Marc, my husband, the love of my life, my partner-in-crime, my best friend is no more," katanya sambil menyifatkan mendiang sebagai seorang yang berani, bijak, sangat kelakar dan menganggap Marc sebagai segala-gala bagi dirinya.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy, dilapor berkata, dalam kejadian 1.20 tengah hari itu, motosikal berkuasa tinggi mangsa bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentangan.
"Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk proses bedah siasat," katanya.
Marc, 40, yang juga bekas Ketua Bahagian Kandungan Tamil Astro meninggalkan isteri dan ibunya yang dikatakan berada di India.
Sementara itu, NST juga melaporkan, Darshini berkata, tidak terfikir detik sedih itu akan tiba begitu cepat terutamanya ketika mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10 pada tahun ini.
Namun katanya dia reda dengan pemergian suami tercintanya itu kerana mendiang meninggal dunia ketika melakukan aktiviti kegemarannya.
"Dia sangat menyayangi keluarga dan rakan-rakannya. Permergiannya tidak dapat dicari ganti," katanya.
Dalam pada itu, menurutnya, sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis pengebumian Marc dihadkan hanya kepada saudara terdekat dan rakan rapat mendiang.
Mendiang yang sebelum ini berkhidmat dengan Astro hampir tiga tahun mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawanan.
Marc memulakan karier sebagai wartawan jenayah di akhbar The Star dan New Straits Times Press (NSTP) sebelum berhijrah ke CNN Asia yang berpangkalan di Hong Kong.
Beliau juga pernah bekerja dengan Yahoo selama lima tahun sebagai pengarah urusan Yahoo News Digest bagi Asia Tenggara.
Umavathi Ramayah
Sat Feb 05 2022
Marc memulakan karier sebagai wartawan jenayah di akhbar The Star dan New Straits Times Press (NSTP) sebelum berhijrah ke CNN Asia yang berpangkalan di Hong Kong. - Gambar instagram @Marc Lourdes
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.