MALAYSIA
Bekas warden bebas tuduhan bunuh penghuni pusat pemulihan dadah
Hakim Evawani Farisyta Mohammad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Sidi Ahmad Amin Mamat (tengah). - Foto Bernama
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas warden sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak swasta daripada tuduhan membunuh seorang penghuni pusat itu, empat tahun lepas.
Ringkasan AI
Hakim Evawani Farisyta Mohammad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sidi Ahmad Amin Mamat, 50.
Tertuduh didakwa membunuh Umar Muhajir Ghazali di sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak di Sintok, Changlun dekat sini antara 11 pagi hingga 6.30 petang, 4 Nov 2021 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Evawani Farisyta dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kecederaan dialami mangsa adalah akibat perbuatan tertuduh.
"Ia termasuk kemungkinan mangsa dipukul oleh individu lain di dua hingga tiga tempat berbeza serta penemuan dua kesan asid deoksiribonukleik (DNA) individu tidak dikenali pada kain pelekat si mati," katanya.
Beliau berkata tertuduh didakwa memukul bahagian dada dan leher mangsa, sedangkan pakar patologi menyatakan punca kematian adalah akibat kecederaan pada aorta abdomen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Shah Reza Noor Azman manakala Sidi Ahmad Amin diwakili peguam Mohd Hezeri Harun dan Mohd Fadhly Yaacob.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi melepaskan bekas warden pusat pemulihan dadah dan akhlak daripada tuduhan membunuh penghuni pusat itu empat tahun lalu.
- Hakim hakim melepaskan tertuduh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
- Tertuduh dibebaskan kerana pihak pendakwaan tidak dapat buktikan kecederaan mangsa disebabkan olehnya.