MALAYSIA
Bekas wartawan FMT dibebaskan dengan jaminan polis
Kumar mengesahkan bekas wartawan berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas wartawan yang ditahan polis tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 1.15 tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
"Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil dan telefon bimbitnya dirampas bagi bantu siasatan," katanya.
Terdahulu, Kumar dalam kenyataannya memaklumkan polis menahan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video yang membangkitkan isu perkauman dalam satu wacana mengenai Palestin.
Kumar berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kontroversi itu tercetus daripada ceramah awam berkaitan Palestin yang menampilkan ahli politik British, George Galloway, apabila soalan yang diajukan oleh wartawan Free Malaysia Today (FMT) dalam sesi tersebut menerima kritikan meluas dalam media sosial.
Difahamkan wartawan berkenaan telah meletakkan jawatan.
-- BERNAMA