awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas wartawan, novelis Salmi Manja meninggal dunia

Bernama
Bernama
26/12/2023
15:01 MYT
Bekas wartawan, novelis Salmi Manja meninggal dunia
Allahyarham Saleha, 87, yang juga isteri kepada Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di kediamannya di Subang Jaya. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas wartawan, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita profesional generasi pertama di Malaysia, Datin Seri Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja meninggal dunia hari ini.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, Allahyarham Saleha, 87, yang juga isteri kepada Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di kediamannya di Subang Jaya tengah hari tadi.
Anak Allahyarham, Helmy Samad turut mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook dan memaklumkan jenazah ibunya dimandi dan disolatkan di Masjid Al-Irsyad, Subang Jaya sebelum dikebumikan selepas solat isyak di Tanah Perkuburan USJ22.
Selain dikenali sebagai isteri kepada Sasterawan Negara itu, karya Allahyarham amat kental dengan isu wanita dan kewanitaan serta keislaman, di samping merupakan ahli Angkatan Sasterawan '50 (ASAS 50).
Antara karya novel Allahyarham Saleha adalah Hari Mana Bulan Mana dan Sayang Ustazah Sayang serta beberapa novel lain, antologi cerpen dan antologi puisi.
Allahyarham juga pernah diangkat sebagai Karyawan Bulan Ini Dewan Sastera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#ASAS 50
#meninggal dunia
#nafas terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan