KUALA LUMPUR: Bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Che Saad Nordin bersama tiga lagi rakannya semalam memulakan kayuhan basikal untuk menuju Makkah bagi menunaikan ibadat haji membabitkan perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km).
Selain Che Saad, 73, kayuhan itu turut diiringi pasangan suami isteri Ahmad Mohd Isa, 35; dan Noradilah Mohd Sapie, 36; serta kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), Abdul Halim Talha, 56.
Perjalanan mereka melalui jalan darat yang memakan masa tujuh bulan itu akan merentasi tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dijangka tiba di Arab Saudi pada pertengahan Mei 2024.
Che Saad yang juga ketua misi kayuhan itu berkata pada perancangan asal impian untuk berbasikal ke Makkah adalah pada 2019, namun ia telah tertangguh beberapa kali ekoran dunia ketika itu dilanda pandemik COVID-19.
"Melalui kayuhan ini, saya ingin menyampaikan mesej kepada generasi muda dan orang luar yang saya sebagai rakyat Malaysia walaupun pada usia emas masih mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika berada di setiap negara yang bakal dilalui.
"Selain itu, kayuhan ini juga adalah manifestasi kesyukuran saya kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan nikmat kesihatan yang baik dan mahu menikmatinya melalui kayuhan ke Makkah," katanya ketika ditemui selepas acara pelepasan kayuhan itu di FRIM, semalam.
Che Saad yang pernah bertugas sebagai wartawan sambilan Bernama di Baling, Kedah berkata beliau bersama tiga rakan lain telah melakukan persiapan rapi termasuk menyelesaikan dokumentasi seperti insurans, visa serta latihan fizikal dengan kayuhan basikal mengelilingi Semenanjung sejak Ogos lepas.
Beliau berkata pada misi kayuhan itu setiap daripada mereka perlu membawa bebanan yang dianggarkan 60 kilogram seperti kit pertolongan cemas, peralatan perkhemahan, baju sejuk, kamera dan alat ganti basikal.
Sementara itu, Noradilah berkata kayuhan basikal pada kali ini adalah sangat berbeza berbanding kayuhan sama beliau dan suami yang pernah dilakukan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah pada 2016.
"Matlamat kali ini lagi besar iaitu menunaikan rukun Islam kelima, haji, jadi tiada lagi kayuhan seperti dulu sambil buat umrah dan boleh lagi berbulan madu dengan suami di negara yang dilalui. Tapi, kali ini setiap perancangan perjalanan perlu lebih serius mengambil kira pandangan dua rakan yang lain," katanya.
Perkembangan semasa misi kayuhan empat warga Malaysia itu boleh diikuti dengan melayari laman rasmi Facebook, Kembara Memburu Hikmah - KMH yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa oleh mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023

Peserta Kayuhan Kembara Berbasikal ke Makkah bergambar sebelum memulakan kayuhan di Masjid Jamek Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kuala Lumpur, 23 Nov 2023. --fotoBERNAMA

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

Keadaan kemanusiaan paling teruk di Gaza ketika sekatan bantuan melebihi 50 hari - PBB
Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap paling kritikal sejak perang bermula.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.
Harvard saman pentadbiran Trump
Universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat (AS), Harvard memfailkan saman ke atas pentadbiran Presiden AS, Donald Trump kerana membantah ugutan Trump mahu memotong dana berjumlah berbilion dolar diperuntukkan untuk pusat penyelidikan institusi terkemuka tersebut.
Ronen Bar tuduh Netanyahu pecat demi kepentingan peribadi
Bar, yang mengetuai Shin Bet, membuat dakwaan tersebut dalam satu afidavit kepada mahkamah agung Israel pada Isnin.

Kerajaan Johor komited pastikan RON95 hanya untuk rakyat Malaysia
Kerajaan Johor bersama Kerajaan Persekutuan komited memastikan subsidi bahan api RON 95 hanya dinikmati rakyat Malaysia.

Kebakaran gas Putra Heights: Tindakan pantas insan tidak dikenali selamatkan lima sekeluarga
Tindakan pantas pengguna lebuh raya berhampiran Putra Heights, Subang Jaya menyelamatkan nyawa sebuah keluarga semasa kebakaran saluran gas di situ pada Selasa lepas.
![[KOLUMNIS] Tarif Amerika Syarikat: Cabaran dan peluang untuk eksport Malaysia [KOLUMNIS] Tarif Amerika Syarikat: Cabaran dan peluang untuk eksport Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-04/41743647230_PresidentTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Tarif Amerika Syarikat: Cabaran dan peluang untuk eksport Malaysia
Tarif 24 peratus yang dikenakan oleh AS ke atas produk Malaysia bermula 9 April akan membawa kesan mendalam kepada sektor eksport dan rakyat Malaysia.

Kedutaan Malaysia di Seoul nasihatkan berwaspada menjelang keputusan Mahkamah Korea Selatan
Kedutaan Malaysia di Seoul menggesa rakyat Malaysia di Korea Selatan agar bertenang menjelang keputusan Mahkamah Perlembagaan mengenai pendakwaan ke atas Presiden Yoon Suk Yeol pada 4 April ini.

Gempa bumi: Pasukan berbasikal wanita Kedah selamat di Bangkok
Pasukan berbasikal wanita Kedah yang menyertai Kejohanan Jelajah Thailand 2025 di Bangkok, Thailand yang dijangka bermula Isnin depan, berada dalam keadaan selamat.

Gempa bumi: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas di Myanmar dan Bangkok
Dalam kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra berkata, laporan awal dari Bangkok juga mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang tercedera.

Rakyat Malaysia digesa segera tinggalkan Sudan Selatan - Wisma Putra
Menurut Wisma Putra, terdapat risiko yang semakin meningkat serta kemungkinan keadaan keselamatan terus meruncing.

Pemberian Insentif Rebat RAHMAH sempena hari raya Aidilfitri, apa yang anda perlu tahu?
Ini fakta asas bagi pemberian Insentif Rebat RAHMAH kepada rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri.

Teruskan menyokong, kami sedang cipta sesuatu luar biasa - Cklamovski
Kemenangan 2-0 ke atas Nepal dalam perlawanan pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 adalah pencapaian yang boleh diraikan oleh penyokong skuad Harimau Malaya.

Konflik bersenjata: Rakyat Malaysia di Sudan Selatan boleh pertimbang untuk berpindah
Kementerian Luar turut menasihatkan supaya semua perjalanan ke Sudan Selatan ditangguhkan.