MALAYSIA
Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
Saifuddin menyifatkan arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri berhubung pembekuan sementara perolehan yang terkait rasuah membabitkan tentera dan polis adalah sebagai satu 'reset' terhadap proses berkenaan.
PADANG SERAI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembekuan sementara perolehan yang terkait rasuah membabitkan tentera dan polis adalah sebagai satu 'reset' terhadap proses berkenaan.
Ini kerana, menurut beliau, kedua-dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) antara yang menerima bajet tahunan yang besar selepas Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk Ketua Setiausaha KDN berhubung keputusan berkenaan bagi melihat semula setiap perolehan meskipun sudah diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini dibawah Rang Undang-Undang Perbekalan.
"Keadaan sekarang ini Perdana Menteri berpendapat ada keperluan untuk tengok semula, kalau keperluan untuk tengok semula itu, ia timbul cadangannya ia dilihat semula, istilah digunakan itu dikaji semula maksudnya,
"Kami menyambut baik di KDN, kerana ini berkaitan dengan halatuju yang selalu Perdana Menteri sebut tentang elak penyelewengan, soal amalan tatakelola yang baik terutama sistem perolehan kerana setiap sen wang rakyat itu harus dipertanggungjawabkan, (memang) betul Parlimen sudah luluskan Rang Undang-Undang Pembekalan (tetapi perlu kepada melihat semula), itu salah satu daripada agenda reform," kata beliau.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Padang Serai di Taman Sejahtera, Lunas, di sini, malam tadi.
Pada Jumaat, Anwar berkata, kesemua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.
Kata Perdana Menteri, kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.