awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak, cadang Annuar Musa

Bernama
Bernama
01/06/2020
07:54 MYT
Bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak, cadang Annuar Musa
ANNUAR: Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baharu menjual arak dibekukan. - Gambar fail
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.
Beliau berkata lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap kedai-kedai menjual alkohol juga perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk.
"Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baharu menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan. Lesen premis PBT perlu diperketatkan," katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.
Akhir-akhir ini, berlaku beberapa kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#kemalangan
#kerajaan
#menteri
#pbt
#pemandu mabuk
#penjualan arak
#pihak berkuasa tempata
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan