BARU-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang penduduk di sebuah kondominium yang selamba membuang najis haiwan dari balkoni rumahnya.

Pemilik video berkenaan, Tyara Ulfa yang telah memuat naik video berkenaan berkata tujuan dia memuat naik video berkenaan kerana berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab lelaki yang duduk satu kondominium dengannya.

Video yang menunjukkan seorang lelaki mencedok najis haiwan peliharaannya dan membuangnya ke bawah dari balkoni sememangnya sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab kerana tidak memikirkan tahan kebersihan jiran yang lain.

Menurut Tyara, dia memuat naik video berkenaan juga untuk memberi kesedaran kepada pencinta kucing.

"Mereka haruslah bertanggungjawab sekiranya membela sebarang haiwan peliharaan di rumah lebih-lebih lagi di kondominium.

“Menjaga haiwan di rumah memerlukan komitment tinggi dan bukanlah membelanya dengan hanya suka-suka atau itu trend.

“Lagi pula, saya bimbang apabila dia buang macam tu nanti terkena pada orang lain. Memang tak patutlah dia buat macam itu sebab habuk-habuk pasir tu boleh terbang dan kotorkan rumah jiran lain,” ujar Tyara.

Hantaran tersebut telah mendapat respon dari netizen yang berang dengan tindakan lelaki berkenaan dan berharap kepada masyarakat yang terlalu pentingkan diri dapat ubah mentaliti untuk membentuk masyarakat yang harmoni. -Keluarga