awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belajar buat kebab Mexico secara 'online' sebelum jual di bazar Ramadan

Zulfa Mohamad
Zulfa Mohamad
25/03/2024
02:00 MYT
Belajar buat kebab Mexico secara 'online' sebelum jual di bazar Ramadan
Natasya Mansor mempelajari cara membuat kebab Mexico secara dalam talian dan mengolahnya dengan menggunakan resipi sendiri. - Gambar Astro AWANI
BUTTERWORTH: Trend masyarakat ketika ini yang gemar mencuba menu baharu kadangkala boleh menjadi sumber pendapatan kepada sesetengah individu yang mahu berusaha.
Itu yang dilakukan anak muda, Natasya Mansor, 24, yang menjual Quesadillas atau kebab Mexico di Bazar Ramadan Teluk Air Tawar, dekat sini, selepas menyedari belum ada peniaga yang menjual menu tersebut.
Dia yang sebelum ini pernah bekerja di restoran makanan barat mempelajari cara membuat kebab Mexico secara dalam talian dan mengolahnya dengan menggunakan resipi sendiri.
"Saya ada sedikit pengalaman menghasilkan kebab Mexico ketika bekerja di restoran makanan barat.
"Selain itu, saya turut mendalami ilmu membuat menu tersebut secara dalam talian sebelum menggabungkannya dengan resipi sendiri dan menjualnya di bazar Ramadan," katanya.
Kebab Mexico hasil tangan Natasya berbeza dengan kebab yang berada di pasaran kerana ia menggunakan daging cincang, tomato ceri serta sos istimewa yang diolah sendiri.
Dia juga tidak menggunakan tortilla seperti kebab sebenar di Mexico tetapi digantikan dengan roti parata yang lebih lembut dan dijual pada harga RM8 sebiji.
"Saya menggunakan daging cincang sebenar berbeza dengan kebab biasa yang menggunakan daging burger selain sos yang diolah sendiri.
"Sebab itu kebab Mexico ini dijual RM8 sebiji berbanding kebab biasa RM4... kerana rasanya memang berbeza," ujarnya.
Cubaan kali pertama Natasya menunjukkan hasil positif apabila kebabnya mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung bazar Ramadan.
"Berdasarkan sambutan baik orang ramai, saya merancang membuka kedai khusus menjual kebab ini pada masa depan.
"Selain itu, saya juga sedia menerima tempahan dari mereka yang berminat tetapi perlu memaklumkan lebih awal," ujar Natasya.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#jendela ramadan
#kebab mexico
#belajar online
#Bazar Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan