PUSAT tuisyen dan akademik, PTTI Group Sdn Bhd (PTTI) terus membanggakan apabila kebanyakan pelajar di bawah bimbingan pusat tersebut menunjukkan peningkatan mendadak dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman berkata, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dalam talian yang dilaksanakan tidak menjadi penghalang untuk mencapai kecemerlangan. 

“Bagi saya, pelajar SPM 2020 sangat istimewa dan luar biasa kerana perlu berjuang untuk belajar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19 yang melanda.

“Kami sentiasa percaya terhadap kebolehan dan potensi para pelajar, paling penting adalah kehendak serta usaha dalam apa jua situasi yang ditempuhi kini,” katanya juga seorang Pakar Kimia SPM.

Dalam pada itu, beberapa pelajar turut berkongsi kegembiraan dengan pencapaian SPM yang diperolehi selepas menerima bimbingan pembelajaran dalam talian dari PTTI.

“Sebelum menyertai PTTI, gred dalam mata pelajaran Sains Tulen saya sekadar mendapat A-, B dan C tetapi selepas menyertai PTTI, gred saya berubah kepada A+ dan A,” kata pelajar cemerlang SPM SMK Dato Haji Kamaruddin, Daashvita a/p Sanjivi Kumar.

Pelajar cemerlang 8A+ 1A-, Danish Wafiq Mohd Nadzim berkata, suasana pembelajaran menyeronokkan, ceria termasuk guru-guru yang sangat membantu pelajar menjadi faktor kejayaannya.

Pelajar cemerlang SPM SMK Dato Haji Kamaruddin, Daashvita a/p Sanjivi Kumar.

Pelajar cemerlang 8A+ 1A-, Danish Wafiq Mohd Nadzim.

“Peningkatan yang paling mendadak dalam subjek Kimia, sebelum ini semasa tingkatan empat dan lima, saya selalu gagal tetapi dalam SPM saya memperolehi gred A, sangat bersyukur kerana formula diajarkan PTTI mudah untuk difahami,” ujar pelajar SMK Taman Daya, Ilyas Ismail.

Dalam pada itu, program Pecutan Akhir SPM dianjurkan oleh PTTI turut memberikan sinar baharu kepada pelajar yang kurang bernasib baik.

“Saya mempunyai masalah tulang belakang bengkok, pembedahan dan terpaksa bercuti selama tiga bulan semasa tingkatan empat. Di tingkatan lima pula, skru di belakang patah menyebabkan saya berbulan-bulan tidak boleh ke sekolah.

“Dengan menyertai program ini, saya dapat memperbaiki subjek Matematik Tambahan yang dahulunya dapat gred D kepada A- dan subjek Kimia yang pernah gagal menjadi A,” kata pelajar SMK Tengku Mahmud, Nik Ernie Falisha Nik Sazali.

Pelajar SBPI Rawang, Nur Akil Shamil Mohamed pula berpandangan dengan nota dan akronim yang diajarkan oleh tenaga pelajar di pusat tuisyen itu banyak memudahkannya untuk skor dalam peperiksaan. 

Sementara itu, PTTI turut menaja dan membuka tawaran secara terhad kepada 5,000 pelajar SPM tahun ini untuk belajar percuma secara dalam talian menerusi Seminar Mampu Skor SPM pada 19 hingga 20 Jun ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh melayari www.mampuskorspm.com.