awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjakan bonus, gaji awal dengan bijak - Perunding kewangan

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2019
23:19 MYT
Belanjakan bonus, gaji awal dengan bijak - Perunding kewangan
Walaupun sering digelar 'bonus raya,' Shamsuddin mengingatkan penjawat awam, wang yang bakal diterima itu tidak seharusnya dihabiskan untuk perbelanjaan perayaan. - Gambar hiasan
Ingat! Langsaikan dahulu komitmen kewangan anda dan berbelanjalah dengan bijak.
Itu saranan perunding kewangan, Shamsuddin Abdul Kadir, khusus buat penjawat awam yang bakal menerima bonus, serta gaji lebih awal menjelang musim perayaan Aidilfitri ini.
Menurutnya, ramai yang memandang rendah kepentingan memiliki dua akaun simpanan.
"Pertama, selesaikan semua ansuran dahulu, supaya kita tak tersalah guna untuk benda-benda lain.
"Kedua, pindahkan duit itu ke akaun lain, bukan akaun di mana gaji masuk.
"Sebagusnya, kita ada dua akaun di bank. Satu untuk gaji, satu untuk back-up kita.
"Bagi yang selalu terbabas, boleh guna duit akaun ke-2 itu untuk beli barang keperluan asas bulan depan, seperti beras, telur dan sebagainya.
"Ini untuk mengelakkan keadaan apabila masuk bulan depan, duit dah habis dibelanjakan semasa raya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Shamsuddin turut mengingatkan penjawat awam yang menerima bonus supaya bijak mencambahkan duit tersebut.
Katanya, walaupun sering digelar 'bonus raya,' wang yang bakal diberi kerajaan itu tidak seharusnya dihabiskan untuk perbelanjaan perayaan.
"Kita beli persiapan raya yang cukup syarat sahaja, jangan beli berlebihan.
"Buat tinjauan di dua tiga kedai, kalau benda yang sama, cari harga yang lebih murah.
"Biasanya, biskut raya yang sama, ada yang dijual pada harga RM40, ada RM35. Jumlah dan rasanya sama saja.
"Dan sebolehnya, ambil minimum 10 peratus atau RM100, untuk dimasukkan ke dalam akaun pelaburan, supaya tak semua duit bonus itu dileburkan ketika raya nanti," tambah Shamsuddin.
Setakat ini, kerajaan negeri Pulau Pinang, Johor dan Sarawak telah mengumumkan bonus buat kakitangan masing-masing sempena Aidilfitri.
Bagaimanapun masih tiada pengesahan sama ada bonus akan turut diberi kepada penjawat awam di peringkat persekutuan.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bank
#belanja
#bonus
#dua akaun
#Gaji awal
#hari raya
#komitmen kewangan
#mencambahkan duit
#pelaburan
#penjawat awam
#perunding kewangan
#Shamsuddin Abdul Kadir
#simpanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan