KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis membuktikan ahli Parlimen di negara ini cukup matang sekali gus membolehkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mentadbir negara terutama dalam situasi penularan COVID-19.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, kemampuan kerajaan menangani impak COVID-19 dengan baik juga antara faktor ahli Parlimen memilih untuk menyokong belanjawan itu.
“Cabaran yang timbul susulan pandemik ini adalah satu ancaman baharu kepada Malaysia dan dunia. Bagaimanapun, pemimpin kita mampu menggalas tugas mereka dan telah melakukan yang terbaik untuk menenangkan keadaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Selain itu, Masing juga berharap agar ahli-ahli Parlimen supaya memberi fokus kepada pembangunan negara agar terus berdaya saing sekali gus mengurangkan berpolitik.
Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 (Peringkat Dasar) selepas mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli Parlimen melalui undian suara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu pada jam 3.28 petang, pada Khamis.
Terdahulu, RUU Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang kemudiannya disokong semua ahli Parlimen kerajaan.
Astro Awani
Thu Nov 26 2020

Masing juga berharap agar ahli-ahli Parlimen untuk mengurangkan isu politik dan terus menggunakan kepakaran serta pengetahuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing. FOTO: Astro AWANI

Provokasi terhadap polis, 4 lelaki diperintah lakukan kerja amal selama dua bulan
Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis.

Wanita hamil antara lima ditembak mati
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

Ubah mekanisme, perkemas kaedah pengeluaran produk sawit - Pedagang
Langkah itu bagi mengelakkan pengeluaran produk sawit terjejas jika berlaku kekurangan guna tenaga buruh susulan pandemik COVID-19.

Warga emas koma selepas terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.

Kain rentang desak Zahid letak jawatan: UMNO Kuala Kangsar pula buat laporan polis
Ketua UMNO bahagian itu berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan tentang dalang yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang itu.

Dadah | 13 ahli sindiket dadah terbesar akan didakwa Selasa
Seramai 13 ahli sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.

PKP 2.0 | Penjawat awam antara 17 dikompaun ingkar SOP
Penjawat awam antara 17 individu yang dikompaun setelah didapati melakakukan aktiviti riadah di kawasan larangan sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tumpu kepada rakyat, bukan tukar kerajaan - Penganalisis
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan caretaker government kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.

AWANI Ringkas: Ahli sindiket dadah terbesar negara didakwa esok | Lima termasuk wanita hamil maut dalam kejadian tembakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Berlabuh tanpa kebenaran, kapal tangki ditahan
Kapal yang berdaftar di Sierra Leone itu membawa muatan minyak dalam perjalanan dari Linggi ke Indonesia.

Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai, aset 1MDB - Tengku Zafrul
Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset syarikat One Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS 3.9 billion daripada Goldman Sachs Group Inc pada tahun lalu.

PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

MOF kaji tambah baik Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar
Kerajaan perlu memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri sahaja dan bukan seluruh negara.

Mencari keseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan awam
Ketika kes COVID-19 terus melonjak dengan drastik di negara ini, setiap orang berada dalam keadaan yang pasti berharapkan kepada suatu yang terbaik.

Kerajaan memahami kepentingan FDI - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai tarikan sebagai destinasi untuk perniagaan dalam komuniti global dan kerajaan memahami kepentingan untuk menarik pelaburan.

Kerajaan sekarang tidak boleh digantung harap - Anwar
Kenyataan dibuat Menteri Kewangan melibatkan KWSP, moratorium dan HSR semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini sukar untuk dipercayai.