KUALA LUMPUR:Pengalaman Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir kerajaan sebelum ini digunakan dalam meneliti Belanjawan 2021, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Menurutnya, rundingan dengan pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN), khususnya Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah dibuat, berbanding menghasilkan dokumen ‘belanjawan bayangan’ seperti yang dilakukan Barisan Nasional sewaktu di blok pembangkang sebelum ini.
“Sebelum ini, sewaktu kami dalam pembangkang, kami tidak mempunyai pengalaman sediakan belanjawan tahunan. Tetapi dalam masa singkat, pada 2018 dan 2019, kami berjaya bentangkan.
"Tetapi kali ini, dalam keadaan COVID-19, kami usahakan perbincangan dan intipatinya adalah enam perkara utama yang kami bawa dalam pertemuan dengan Tengku Zafrul pada 1 November lalu.
“Enam perkara asas itu hampir kesemuanya melibatkan kebajikan rakyat dan masa depan ekonomi serta beberapa perkara penting.
"Jadi, sekiranya kita wujudkan satu dokumen, semestinya enam perkara ini akan terkandung sebagai tiang seri kepada dokumen tersebut,” kata Fahmi.
Beliau berkata demikian ketika di temubual dalam perbincangan pasca Belanjawan 2021 menerusi program Agenda AWANI malam tadi.
Malah, ujarnya, pengalaman semasa di blok kerajaan membolehkan ahli parlimen yang memegang portfolio sebagai jemaah menteri sebelum ini membahaskan beberapa aspek yang menjadi kepakaran mereka.
“Walau apa pun, dalam masa kami mentadbir sebagai kerajaan, pengalaman itu telah membantu kami untuk hari ini meneliti Belanjawan 2021 dengan terperinci berbanding tahun-tahun lalu.
“Malah ada kalangan Ahli Parlimen yang boleh berbahas dengan pengalaman yang telah ada semasa dalam pentadbiran seperti bekas-bekas menteri dapat menegaskan beberapa aspek yang mereka cukup ketahui sebelum ini,” katanya.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Nov 27 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat, 26 Nov, 2020. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
PH belum bincang kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, keluarga mendiang Kee Hiong juga perlu diberikan ruang untuk berkabung selepas pemergiannya.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.