awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Program Kebun Komuniti kepada penduduk separa bandar

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2020
10:24 MYT
Belanjawan 2021: Program Kebun Komuniti kepada penduduk separa bandar
Kata Tengku Zafrul, pelaksanaan Projek Pertanian Organik di peringkat komuniti dengan peruntukan RM50 juta turut diumum dan dijangka memanfaatkan 1,000 komuniti. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan mengumumkan Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar dan luar bandar dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program itu menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 untuk setiap individu atau RM50,000 bagi setiap komuniti yang bakal memanfaatkan 60,000 peserta
Tambahnya, pelaksanaan Projek Pertanian Organik di peringkat komuniti dengan peruntukan RM50 juta turut diumum dan dijangka memanfaatkan 1,000 komuniti.
"Ketiga, pelaksanaan Program Ladang e-Satelit dengan peruntukan RM10 juta secara geran padanan sehingga RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi tujuan pembelian peralatan pertanian berasaskan Internet of Things termasuk dron.
"Program ini dijangka memanfaatkan lebih 300 PPK dengan keahlian hampir 1 juta petani dan peladang.
"Keempat, Pembiayaan di bawah Program Pemodenan Vessel dan Mekanisasi Tangkapan sehingga RM5 juta pada kadar 3.5 peratus bagi tempoh 10 tahun kepada nelayan zon A dan B untuk menaik taraf peralatan, pukat dan bot. Bagi tujuan ini, sebanyak 150 juta ringgit disediakan melalui Agrobank," katanya semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut mengumumkan pembiayaan di bawah Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan sehingga RM1 juta pada kadar 3.5 peratus bagi tempoh 10 tahun kepada pengusaha pertanian untuk perolehan peralatan dan teknologi berteraskan IR4.0.
Bagi tujuan itu jelasnya, sebanyak RM60 juta disediakan Agrobank.
"Keenam, pelaksanaan Program Pengembangan Akuakultur dengan peruntukan RM10 juta secara geran padanan sehingga RM20,000 kepada pengusaha mikro untuk membeli peralatan bagi mengembangkan ternakan akuakultur bernilai tinggi seperti udang kara dan ikan kerapu.
"Ketujuh, pelaksanaan projek pertanian dan penternakan berimpak dan bernilai tinggi dengan peruntukan RM100 juta melalui kerjasama dengan kerajaan negeri seperti projek tanaman nanas di Johor dan ternakan udang galah di Negeri Sembilan," ujarnya.
Jelasnya, pada tahun 2019, sektor pertanian menyumbang 7.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Sektor itu juga diunjurkan terus berkembang pada 4.7 peratus daripada KDNK tahun hadapan pada masa sektor lain mencatatkan penguncupan ekoran pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#KDNK
#COVID-19
#PPK
#Program Kebun Komuniti
#Projek Pertanian Organik
#Belanjawan 2021
#AgroBank
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#belanjawan 2021 pertanian & perikanan
#Belanjawan 2021 Luar Bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan