awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: RM50 dikredit ke akaun e-wallet belia 18 hingga 20 tahun

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2020
09:45 MYT
Belanjawan 2021: RM50 dikredit ke akaun e-wallet belia 18 hingga 20 tahun
Bantuan berkenaan bakal melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta. -Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR:Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara sekali beri ke dalam akaun e-wallet mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bakal melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta.
"Golongan belia memain peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna dalam mengadaptasi teknologi terkini.
"Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.
"Dengan peruntukan RM75 juta inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.
Ujarnya, belia ialah pemangkin masa hadapan negara dan bagi menyediakan pendedahan alam pekerjaan kepada mereka, kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.
"Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut.
"Program ini dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta," ujarnya lagi.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#Belia
#ewallet
#RM50
#one off
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#akaun e-wallet
#perantisan
#RM1 000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan