KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan peruntukan kesihatan dalam Belanjawan 2021 dikurangkan.

Beliau sebaliknya menegaskan, peruntukan itu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Tengku Zafrul menjelaskan, dalam Belanjawan 2021, peruntukan untuk Kementerian Kesihatan (KKM) adalah sebanyak RM31.9 bilion, manakala pada 2020 (RM30.6 bilion).

"Pelbagai pihak telah membuat tohmahan tentang peruntukan kesihatan dalam Belanjawan 2021.

"Hakikatnya, di dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan, jumlah bagi bekalan perubatan serta bahan guna habis (consumables) sebanyak RM4.29 bilion telah diasingkan dan diperuntukkan di bawah butiran 080000 (Program Khusus).

 
Sumber Facebook tzafrulaziz

"Ini termasuk Bekalan Perubatan Fasiliti Perubatan Kerajaan sebanyak RM2.89 bilion dan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat sebanyak RM1.4 bilion.

"Inilah sebabnya mengapa jumlah peruntukan di bawah butiran 020000 (Perubatan) menunjukkan ‘pengurangan’ daripada RM14.2 bilion (2020) kepada RM11.3 bilion (2021).

"Butiran ini mengandungi peruntukan bagi pelbagai bidang kepakaran kesihatan termasuk nefrologi dan farmasi. Jadi, hakikat yang sebenar: tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan," katanya dalam Facebook beliau malam ini.

BACA: Belanjawan 2021: RM1 bilion diperuntukkan bagi Perkhidmatan Kesihatan Awam berkaitan COVID-19

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menambah bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM475 juta bagi bekalan reagen dan bahan guna habis yang diperlukan berkaitan COVID-19 tidak termasuk dalam peruntukan belanja mengurus yang terkandung di dalam Buku Anggaran Perbelanjaan.

M1 bilion diperuntukkan bagi Perkhidmatan Kesihatan Awam berkaitan COVID-19

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM24 juta bagi menangani isu kesihatan mental melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.

"Dari segi lain, kerajaan menyediakan RM420 juta untuk tingkatkan Rancangan Makanan Tambahan dengan bekalan susu setiap hari persekolahan buat manfaat murid dari keluarga berpendapatan rendah.

Katanya, banyak lagi peruntukan yang disediakan oleh kerajaan dalam peruntukan kesihatan dan menegaskan tidak akan berkompromi di dalam usaha melindungi nyawa dan kesihatan rakyat Malaysia.