KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini melahirkan keyakinan bahawa Belanjawan 2021 tidak akan dipolitikkan dan mendapat sokongan jitu daripada ahli-ahli Parlimen demi kemakmuran bersama.
"InsyaAllah, moga unjuran pemulihan ekonomi dapat dicapai menjelang tahun depan," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, Belanjawan 2021 akan meneruskan momentum pemulihan ekonomi yang telah digerakkan sejak bulan Mei yang lalu serta menerusi kesemua pakej rangsangan ekonomi, iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan KITA PRIHATIN.
Beliau memetik peringatan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk semua memberhentikan segala "politicking" yang telah menganggu kestabilan negara.
Tengku Zafrul seterusnya berkata Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat bagi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
"Sehubungan itu, saya ingin berkongsi bahawa saya dan warga Kementerian Kewangan sedang berusaha dengan penuh komitmen dan dedikasi untuk menyediakan Belanjawan 2021 yang komprehensif dan tertumpu kepada kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
"Marilah kita bersama-sama berganding bahu demi negara Malaysia yang tercinta," kata beliau ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-27 menerusi akaun Facebook hari ini.
Sementara di dalam laporan berkenaan, beliau berkata di bawah inisiatif untuk menyokong sektor pertanian dan makanan menerusi suntikan pembiayaan dan modal pusingan, sejumlah RM30.3 juta telah disalurkan setakat 16 Okt, memanfaatkan 3,759 PKS mikro pertanian.
Untuk Kempen e-Dagang bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan dilancarkan pada akhir Jun bagi membantu perniagaan tempatan, beliau berkata 20 platform e-dagang telah menyokong usaha ini sebagai rakan pelaksana strategik.
"Sehingga bulan Oktober, lebih 45,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) baharu telah mendaftar bersama rakan strategik itu dan lebih 115,000 PMKS telah mendapat manfaat yang pelbagai.
"Jumlah jualan yang telah berjaya dijana melalui kempen ini adalah melebihi RM332 juta," katanya.
Mengenai kempen "Shop Malaysia Online" PENJANA -- inisiatif antara kerajaan dan 22 platform e-dagang untuk menggalakkan pembelian barangan penjual tempatan secara atas talian melalui pemberian baucar digital, beliau berkata sejak dilancarkan pada 1 Ogos, ia telah berjaya menjana jualan bernilai RM896 juta dan memanfaatkan 7.8 juta pengguna serta lebih 213,000 penjual tempatan dari seluruh negara.
"Dalam masa yang singkat, lebih RM1.2 bilion penjualan atas talian telah berjaya diperolehi daripada kedua-dua inisiatif ini," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020
Tengku Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan keyakinan bahawa Belanjawan 2021 tidak akan dipolitikkan dan mendapat sokongan jitu daripada ahli-ahli Parlimen demi kemakmuran bersama. - Gambar fail
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu
Katanya, Matrade telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan usaha memperoleh pasaran baharu untuk diterokai syarikat Malaysia.
Tengku Zafrul ke Munich bawa misi pelaburan dalam jeda lawatan PM ke Jerman
Katanya, pihak MATRADE telah anjurkan beberapa mesyuarat dengan rakan dagang besar yang beribu pejabat di Jerman.
Dialog MITI 2024: Kerjasama sektor awam-swasta, agenda perindustrian semula
Pelaksanaan NIMP adalah penting bagi Malaysia untuk terus meningkatkan daya saing landskap perniagaan dan pelaburan negara.
Malaysia perlu sedia ambil risiko terhitung, tempa masa depan ekonomi baharu - Tengku Zafrul
Malaysia perlu bersedia untuk mengambil risiko yang terhitung ketika menempa masa depan ekonomi baharu bagi negara ini, terutama dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau.
CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata FDI dari Jepun meningkat sebanyak RM4 bilion manakala dari Australia naik sebanyak RM1 bilion berbanding 2022.
MITI optimistik 2024 tahun lebih positif bagi FDI ke dalam Malaysia
MITI optimistik 2024 akan menjadi tahun yang lebih positif bagi pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam Malaysia, memanfaatkan perancangan yang telah dirangka.
ASEAN akan mulakan rundingan DEFA bagi tingkatkan ekonomi digital, jana AS$2 trilion menjelang 2030
DEFA akan dilancarkan secara rasmi pada mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-23 dan pengiktirafan oleh Pemimpin ASEAN pada sidang kemuncak serantau ke-23 bulan depan.
Bank-bank Malaysia kekal berdaya tahan dalam mendepani cabaran operasi - Kementerian Kewangan
Tengku Zafrul berkata, isu pinjaman tanpa cagaran bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sektor perbankan.
Peruntukan tambahan RM100 juta bagi urus kewangan, bajet kerajaan - Tengku Zafrul
Ini termasuk RM10 juta untuk Jabatan Audit Negara bagi memperkukuh keupayaan dan pengoptimuman proses pengauditan.