KUALA LUMPUR:Kementerian Kewangan sudah mula merangka beberapa cadangan untuk Belanjawan 2022 bagi menangani isu-isu struktural negara.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pendekatan terhadap belanjawan atau bajet kali ini bukan hanya strategik, tetapi juga bersasar dan berteraskan hasil.
“Kami sedar bahawa terdapat isu-isu struktural yang tidak boleh diselesaikan semalaman. Ia memerlukan pertimbangan yang lebih mendalam dan perancangan dalam jangka masa panjang.
“Ini peranan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)dan Bajet 2022. Ini termasuk, memperbaharui dasar tenaga kerja bagi memastikan sumber manusia negara lebih kalis masa depan, dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
“Kami telah mula merangka idea-idea baharu untuk Bajet 2022 di samping menyampaikan matlamat Bajet 2021.
“Kesemua usaha ini harus berlaku bersama untuk memastikan pendekatan pada masa depan bukan hanya strategik, tetapi juga bersasar, tepat dan berasaskan hasil,” jelas Tengku Zafrul.
Mengulas berkaitan persekitaran, sosial dan tadbir urus dan Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia, Tengku Zafrul berkata Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama yang sejajar dengan SDG.
“Manakala RMK-12 akan menyediakan rangka kerja yang lebih holistik ke arah pertumbuhan mampan, memperkukuhkan keseluruhan sosioekonomi serta kelestarian alam sekitar yang lebih baik.
“COVID-19 di seluruh negara dan banjir baru-baru ini telah menekankan keperluan untuk membangunkan ekonomi yang lebih berdaya tahan bagi jangka panjang dan ini memerlukan pelaburan infrastruktur dan enjin pertumbuhan yang terkini dan mampan.
“Untuk itu, MoF telah mula mengkaji semula peranan dan mandat syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” tambah beliau lagi.
Beliau turut berpendapat GLC perlu mempunyai indeks prestasi utama (KPI) berkaitan SDG selain KPI kuantitatif mereka.
“Di samping itu, Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia akan dimanfaatkan oleh seluruh ekonomi termasuk sektor swasta, perlu ada keputusan dasar yang sesuai ke atas masalah sosioekonomi (seperti meningkatkan kualiti sistem pendidikan bagi vokasional dan akademik).
“Yang mana seharusnya selari dengan dasar kita mengenai industri atau sektor galakan;dan perlu sesuai dengan dasar kita dalam mempelbagaikan ekonomi,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu program yang bertemakan "Menang Bersama: Rebuilding Malaysia’s Economy Together" pada Selasa.
Astro Awani
Tue Feb 02 2021
Tengku Zafrul berkata, pendekatan terhadap belanjawan atau bajet kali ini bukan hanya strategik, tetapi juga bersasar dan berteraskan hasil. - Bernama
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.