SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengusulkan dana tambahan bagi perlindungan keselamatan golongan suri rumah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Belanjawan 2023.
Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata perkara itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu KSM menerusi Perkeso membekalkan jaringan keselamatan kepada suri rumah bagi melindungi dan menjaga kebajikan golongan itu.
"Ramai keluarga yang menghadapi masalah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas apabila suami sebagai pemberi nafkah tunggal menghadapi penyakit kronik, dan dengan persetujuan kementerian, kita akan melaksanakan jaringan keselamatan ini untuk 50,000 suri rumah tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di sini hari ini.
Katanya perkara itu merupakan salah satu daripada lebih 10 inisiatif baharu yang diusulkan kementeriannya kepada Kementerian Kewangan untuk pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Okt ini.
Saravanan berkata inisiatif yang diusulkan itu adalah sebahagian usaha kementerian bagi memfokuskan kepada cabaran yang dihadapi dunia termasuk Malaysia selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
"Kita akan fokus pada cabaran ini (IR4.0). Kita perlu lahirkan modal insan yang berdaya saing dari segi 'digital talent' dan akan memberi fokus kepada 'reskilling' dan 'upskilling' tenaga kerja negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan (tiga, kiri) hadir bagi merasmikan Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini. - Foto BERNAMA
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Majikan dibenar menggaji pekerja asing diberhentikan majikan lama - KSM
KSM menggesa para majikan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan yang ada.