KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan lebih RM500 juta untuk menyelenggara Rumah Angkatan Tentera dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan membina lebih 7,000 unit rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kuala Lumpur bagi membantu pemilikan rumah mampu milik bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berfasa.
Mengenai anggota yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen perlu membuat penyelesaian penuh baki pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), beliau berkata kerajaan bersetuju supaya LPPSA menawarkan peluang untuk anggota meneruskan bayaran balik baki pinjaman seperti biasa sehingga selesai.
"Usaha ini membolehkan 4,000 peminjam LPPSA layak menstruktur semula pembiayaan mereka dan 700 peminjam bakal bersara tidak berpencen setiap tahun dapat meneruskan bayaran balik pinjaman seperti biasa," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata bagi memastikan veteran ATM disediakan pekerjaan dan kemudahan latihan memandangkan golongan itu menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan selepas umur persaraan, pentadbiran ini akan melaksanakan Program Kerja Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Di bawah ikhtiar ini, seramai 5,000 veteran ATM yang berpencen tahun ini akan dijamin dipadankan dengan peluang pekerjaan atau menerima latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan," katanya.
Beliau berkata bagi meningkatkan kemahiran 1,250 veteran, Jabatan Hal Ehwal Veteran bersama-sama agensi kerajaan lain akan menawarkan lima bidang kursus antaranya pengendalian dron, keselamatan siber dan penyelenggaraan pesawat selama tiga bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023

Lebih 7,000 rumah mampu milik di bawah Program SASaR akan dibina di Kuala Lumpur bagi membantu pemilikan rumah mampu milik bagi ATM. - Gamnbar hiasan/AFP

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan untuk mengelakkan tercetusnya rusuhan.

Teo Nie Ching bakal hadiri ATxSG di Singapura
Teo kini berada di Singapura dalam rangka lawatan tiga hari bermula Isnin, diiringi pegawai-pegawai dari SKMM dan JPDP.

Skuad berbasikal negara tidak dapat basikal model baharu untuk Olimpik Paris
Puncanya, kelulusan geran yang lewat selain tiada masa yang mencukupi untuk basikal itu dibangunkan dan layak digunakan.

Pekebun kecil Semenanjung, Sabah, Sarawak layak terima bayaran IPG pada Jun
Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) mulai 1 hingga 30 Jun 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Mei 2023.

Kenyataan MB Kedah, Pulau Pinang milik Kedah satu hasutan - Ahmad Zahid
Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan komited permudahkan aktiviti perniagaan, sokong pelaburan domestik - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk meningkatkan dan mempermudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam negara dan menyokong pelaburan langsung domestik.

Peruntukan RM20 juta untuk litar drag di setiap negeri tidak mencukupi
Peruntukan RM20 juta untuk membangunkan litar drag di setiap negeri seperti yang dicadangkan Ismail Sabri adalah tidak mencukupi memandangkan kos penyelenggaraan menelan belanja besar.

Kerajaan komited tambah baik landskap pelaburan negara - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited untuk menambah baik serta memperkasakan ekosistem serta lanskap pelaburan negara bagi meningkat dan mengekalkan FDI dan DDI.

Peruntukan tambahan RM50 juta kepada Terengganu bantu mangsa banjir - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu mangsa yang terkesan banjir Disember lepas.

Dakwaan Kerajaan Perpaduan anak tirikan negeri pembangkang tidak berasas - Penganalisis
Kerajaan Perpaduan terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan termasuk di negeri yang ditadbir pembangkang selaras dengan semangat gagasan Malaysia MADANI.

Orang ramai alu-alukan penerusan pas My50, perjalanan lebih mudah, jimat masa
Orang ramai menyambut baik langkah kerajaan meneruskan inisiatif pas perjalanan bulanan My50 untuk kegunaan perkhidmatan rel dan bas Prasarana Malaysia Berhad di Lembah Klang.

Peruntukan tambahan RM250 juta bantu kontraktor kecil bangkit pasca-COVID-19
Muhammad Ridzwan berkata langkah kerajaan itu dapat kembali merancakkan sektor penyelenggaraan.

Mitra papar setiap penerima dana, pulihkan imej
Setiap penerima dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan dipaparkan dalam laman rasmi www.mitra.gov.my.