awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Cadangan RM300 juta bina tandas BMW seluruh negara - Nga

Bernama
Bernama
09/09/2023
21:20 MYT
Belanjawan 2024: Cadangan RM300 juta bina tandas BMW seluruh negara - Nga
Nga berkata cadangan itu adalah antara 29 inisiatif yang dicadang kementerian berkenaan dalam pertemuan pihaknya dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. - Foto Facebook/Nga Kor Ming
IPOH: Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf 'Bersih, Menawan, Wangi' atau 'BMW' di seluruh negara, adalah antara cadangan agenda reformasi kemudahan awam negara yang dikemukakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Belanjawan 2024.
Menterinya Nga Kor Ming berkata cadangan itu adalah antara 29 inisiatif yang dicadang kementerian berkenaan dalam pertemuan pihaknya dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, dua hari lepas.
"Kita juga memohon RM100 juta untuk menukar lampu jalan konvensional kepada lampu LED atau lampu berkuasa solar yang lebih lestari di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Pangsa Seri Kepayang, Fair Park di sini pada Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2024, 13 Okt depan.
Sementara itu, Nga berkata pihaknya menyasarkan untuk menyiapkan 10,000 MyKiosk untuk penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara menjelang 2025.
Beliau berkata tahun ini 3,073 kiosk akan disiapkan untuk diagihkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi disewakan kepada peniaga serta penjaja kecil dengan kadar sewa minimum.
Nga turut mengumumkan peruntukan tambahan RM750,000 kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi tujuan naik taraf dan menyelenggara 11 projek.
"Ia adalah bagi tujuan naik taraf kemudahan sembilan projek rumah pangsa dan dua penempatan semula nelayan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#tandas BMW
#KPKT
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan