awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso

Fareez Azman
Fareez Azman
15/10/2023
08:43 MYT
Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso
Menurut Mohammed Azman, enam inisiatif itu dapat merancakkan lagi pasaran buruh negara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan mencerminkan tekad untuk memangkin pertumbuhan pekerjaan baharu menerusi enam inisiatif akan dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam Belanjawan 2024.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed, ia sekali gus merungkai kelompangan jaringan perlindungan sosial dan dapat merancakkan lagi pasaran buruh negara.
"Penekanan kepada inisiatif peningkatan kemahiran dapat membantu pekerja sedia ada dalam sektor tidak formal dan formal bagi melengkapkan diri dalam menceburi peluang pekerjaan baharu.
"Rangkaian peluang kerjaya baharu ini dijangka wujud sejajar peralihan ekonomi ke digitalisasi, tenaga boleh diperbaharui serta pekerjaan hijau.
"Justeru, galakan kerajaan dengan menyediakan insentif menerusi suntikan fiskal dalam Belanjawan 2024 bakal menjadi pemangkin ke arah peningkatan jumlah pekerja berkemahiran tinggi yang akan memenuhi permintaan pasaran buruh di Malaysia," katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.
Ujarnya, rangkaian inisiatif terbabit selari dengan hala tuju digariskan kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang menyasarkan pewujudan 1.34 juta peluang pekerjaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu mengumumkan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM200 juta kepada Perkeso.
Peruntukan itu bagi memperkasakan jaringan perlindungan sosial dan merancakkan pasaran buruh negara.
Mengulas lanjut jelas Mohammed Azman, mengikut rekod MYFutureJobs, jumlah pencari kerja golongan wanita adalah seramai 198,751 orang.
"Berbekalkan inisiatif Belanjawan 2024 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, ia akan dapat meningkatkan lagi pembabitan wanita dalam pasaran buruh. Ini selari sasaran 60 peratus kadar penyertaan tenaga kerja wanita seperti direncana dalam Kerangka Ekonomi MADANI.
"Perkeso akan terus berusaha mempertingkat dan memperkasakan portal perkhidmatan pekerjaan negara MYFutureJobs ini untuk manfaat semua lapisan masyarakat bagi mendapat akses pekerjaan lebih mudah menerusi perkhidmatan padanan pekerjaan dan sokongan pekerjaan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso," katanya lagi.
Mengenai sektor ekonomi penjagaan dan individu bekerja sendiri jelasnya, semua penyedia platform gig diharapkan dapat menyambut baik saranan Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia dalam meningkatkan perlindungan keselamatan sosial dengan menanggung 10 baki peratus caruman penggiat ekonomi gig.
Percaturan kerajaan untuk meningkatkan siling gaji diinsurankan ke paras RM6,000 berbanding RM5,000 sebelum ini jelas Mohammed Azman adalah bertepatan kerana menambah faedah tunai sebanyak 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja.
"Dengan lonjakan peruntukan sebanyak 150 peratus kepada RM50 juta untuk Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), lebih ramai golongan suri rumah dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah dan miskin tegar dapat dilindungi.
"Berdasarkan pangkalan data e-Kasih setakat Disember 2022, kita mempunyai 337,814 suri rumah yang menepati kelayakan untuk mencarum SKSSR, dengan 166,666 sudah didaftarkan ke skim ini.
"Sehubungan itu, baki 171,148 dengan tidak mengambil kira rekod kematian yang mungkin ada dalam pangkalan data e-Kasih akan berpeluang mendapat tajaan caruman, menerusi peruntukan RM50 juta yang diberikan kerajaan," katanya lagi.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Pasaran buruh
#perkeso
#Mohammed Azman Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan