awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Dasar peluang kedua diperluaskan - Anwar

Bernama
Bernama
13/10/2023
11:13 MYT
Belanjawan 2024: Dasar peluang kedua diperluaskan - Anwar
Anwar berkata setakat Julai lepas, hampir 14,000 kes muflis dengan hutang kecil di bawah RM50,000 telah dilepaskan daripada kebangkrapan.
KUALA LUMPUR: Selaras dengan dasar Kerajaan Perpaduan untuk membela nasib rakyat, Dasar Peluang Kedua akan diperluaskan kepada golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 bermula tahun hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat Julai lepas, hampir 14,000 kes muflis dengan hutang kecil di bawah RM50,000 telah dilepaskan daripada kebangkrapan.
"Hasil pelaksanaan Dasar Peluang Kedua, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 juga telah melepaskan secara automatik daripada pengisytiharan muflis bagi kes-kes semasa dan terkebelakang yang mempunyai syarat," kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, dalam memastikan nasib rakyat susah untuk mendapatkan keadilan yang saksama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memperkasa fungsi Jabatan Bantuan Guaman selain menyediakan RM10 juta peruntukan tambahan di bawah Kumpulan Wang Amanah Rakyat Malaysia Luar Negeri.
"Ia bagi membela nasib rakyat yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan serta kes-kes kebajikan lain di luar negara," kata beliau.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dasar Peluang Kedua
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2024
#golongan muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan