KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan geran khas di bawah Belanjawan 2024 bagi memudahkan penggunaan 5G dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Menterinya Fahmi Fadzil berkata cadangan itu telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan.
"5G akan memberi banyak kelebihan kepada PMKS. Saya harap kita akan mendapat geran khas untuk meningkatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Ericsson Imagine Live Malaysia 2023, di sini, hari ini.
Beliau berkata Malaysia berada di landasan untuk mencapai 80 peratus liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk menjelang akhir 2023 daripada 68.8 peratus pada masa ini, sebelum beralih kepada model rangkaian dwi.
Namun begitu, katanya, kadar penggunaan 5G kekal rendah pada 4.2 peratus, oleh itu, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk merealisasikan potensi 5G sepenuhnya.
"(Jadi) melalui geran ini kita mahu menghantar isyarat kepada industri bahawa kerajaan faham cabaran yang dihadapi PMKS untuk menggunakan teknologi 5G," katanya.
Fahmi berkata PMKS berdepan cabaran untuk mendapatkan peralatan 5G baharu dan ramai yang tidak menyedari manfaat masa depan pelaburan mereka dalam teknologi itu.
"Oleh itu saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi untuk lakukan program outreach (capaian) kepada pelanggan terutama perusahaan supaya mereka faham inilah apa yang boleh dilakukan, iaitu kita perlu melabur dan mendapat keuntungan daripada menggunakan 5G," katanya.
Sementara itu Fahmi berkata, KKD merancang untuk mengadakan libat urus dengan pemain telekomunikasi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pantai Timur berkenaan isu perbezaan caj di menara 5G.
"Sebagai contoh, di sesetengah tempat, kita gunakan tiang monopole dan pasang kabel gentian sepanjang jalan, bukan ditanam dalam paip dan sebagainya, tapi ada PBT yang lihat itu satu keperluan.
"Jadi kita akan adakan perbincangan di mana KKD akan tolong lakukan facilitation (pemudahan) dan engagement (libat urus) melalui jawatankuasa sedia ada untuk pastikan jurang digital dapat dikurangkan.
"Kita harap melalui pihak seperti Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) kita dapat selaraskan beberapa perkara supaya lebih mudah untuk kita laksanakan rangkaian 5G atau fiber di seluruh negara," katanya.
Ditanya mengenai kesan pengurangan kadar borong mengikut Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) di Telekom Malaysia Bhd (TM), beliau berkata dengan harga yang lebih rendah lebih ramai pelanggan akan dapat melanggan perkhidmatan mereka.
"Semasa pelaksanaan terkini pada 2018, pada mulanya terdapat persoalan tetapi apabila kita melihat prestasi TM selama ini, walaupun berdepan COVID-19, tahun pertama adalah satu cabaran dan selepas beberapa ketika, dengan inovasi dan kecekapan produk, mereka kembali meraih keuntungan selepas beberapa tahun.
"Jadi, ia tidak mustahil. Kita mahu membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki Internet yang bukan sahaja lebih baik, lebih pantas, lebih stabil tetapi juga lebih murah," kata Fahmi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada majlis pelancaran Ericsson Imagine Live 2023 di sebuah hotel di ibu kota, hari ini. - Foto BERNAMA

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

Kerajaan kaji keperluan lesen penyedia platform besar Google, Meta, TikTok
Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.

Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.

22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta
ITFC merupakan inisiatif KKD melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan.

Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.

Google komited teruskan perbincangan, tingkat kerjasama dengan KKD - Fahmi
Google Malaysia telah menyatakan komitmen untuk meneruskan perbincangan dan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

KKD perlu melihat semula sistem, tatacara kerja yang boleh dibaiki - Azam
Azam berkata ia seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan integriti dan mengurangkan elemen rasuah, serta memperbaiki aspek tatakelola dan governans.

Komuniti Media MADANI dibentuk untuk pastikan maklumat sahih kerajaan disebar kepada rakyat
Ia bagi memastikan maklumat yang sahih dan tepat berkenaan dasar-dasar kerajaan dapat disebarkan kepada rakyat.

MDEC laksanakan inisiatif e-Invois Kebangsaan, pelengkap sistem LHDN
KKD menerusi MDEC sedang melaksanakan Inisiatif e-Invois Kebangsaan bagi memacu kebolehoperasian dan penyelarasannya dalam mendigitalkan perniagaan.

60 projek PoP Fasa 1 berjaya disiapkan di Sabah - Fahmi
Sebanyak 60 daripada 67 projek 'Point of Presence' (PoP) yang dirancang dalam Fasa 1 berjaya disiapkan setakat ini.