PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan prasarana dan ekonomi luar bandar serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam Belanjawan 2024, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata perkara berkenaan adalah antara yang ditekankan dalam sesi libat urus Belanjawan 2024 bersama pemain industri dan pihak berkepentingan KKDW di sini hari ini.
Dalam hantaran di laman Facebook beliau sempena sesi libat urus itu, Ahmad Zahid berkata beliau dan pasukan KKDW akan berusaha memastikan segala input dan cadangan sesi berkenaan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan serta dijadikan input kepada Belanjawan 2024.
"Saya memberikan tumpuan dalam mempertingkatkan prasarana luar bandar antaranya dengan menaiktaraf kehidupan penduduk Sabah, Sarawak dan Orang Asli melalui pembinaan dan baik pulih ameniti sosial, menambah cakupan telekomunikasi dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Digital dan membina rumah rakyat termiskin," katanya.
Dalam sesi libat urus itu, Ahmad Zahid berkata KKDW juga memberi fokus memperkasa ekonomi luar bandar bagi menjana pendapatan penduduk luar bandar melalui pelancongan desa dan 'mix farming'.
"Besar harapan saya untuk melihat KKDW berperanan secara efektif membimbing usahawan luar bandar supaya produk mereka dapat dinaiktaraf dan kemudiannya dipasarkan ke peringkat global. Tambahan lagi pasaran halal di peringkat global kini mencecah 3.3 trilion USD.
"Jumlah pasaran yang besar ini membuka ruang dan peluang kepada usahawan untuk menengahkan produk mereka setara dengan produk antarabangsa dengan syarat usahawan luar bandar mesti berani bersaing dan punyai semangat kompetitif dalam memasarkan produk mereka," katanya.
Selain itu, beliau berkata bidang TVET amat penting dalam melahirkan pekerja berkemahiran tinggi sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0.
Sesi libat urus hari ini dihadiri 120 peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan termasuk ketua jabatan dan agensi di bawah KKDW.
Ia turut dihadiri pemain industri termasuk persatuan perniagaan, dewan perniagaan koperasi, usahawan, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik berkaitan untuk memberikan input yang terbaik bagi mencapai objektif membantu rakyat khususnya masyarakat desa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Ahmad Zahid berkata KKDW juga memberi fokus memperkasa ekonomi luar bandar bagi menjana pendapatan penduduk luar bandar melalui pelancongan desa dan 'mix farming'. - Foto Facebook KKDW
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.
Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan Mukim Dusun
Melalui program berkenaan, penduduk bukan sahaja meraih pendapatan tambahan, malah turut menimba ilmu kemahiran menternak ikan keli.
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti semula amalan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) Malaysia dalam menguruskan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.