KUALA LUMPUR: Persatuan berkaitan sektor pelancongan berharap kerajaan akan menaikkan nilai ambang tahunan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) industri perhotelan daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta menerusi Belanjawan 2024.
Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MYBHA) Dr Sri Ganesh Michiel berkata perkara itu perlu bagi memastikan kelangsungan pengusaha hotel bajet yang terjejas akibat persaingan pihak yang melaksanakan perusahaan penginapan secara tidak berlesen.
"Cukai SST ini, apabila harga bilik itu (bernilai) RM100 maka ia akan meningkat kepada RM106 berikutan kadar cukai enam peratus itu. Apabila harga bilik semakin tinggi, maka cukai yang perlu dibayar (oleh pelanggan) juga turut meningkat.
"Meskipun harga bilik yang ditawarkan hotel murah ini sama dengan perusahaan pihak tidak berlesen namun disebabkan cukai SST ini, harga bilik itu menjadi lebih mahal dan tidak menjadi faktor penarik kepada pelanggan untuk menempahnya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sekiranya nilai ambang itu dinaikkan ke paras RM1.5 juta, pelanggan khususnya golongan B40 juga boleh menikmati harga bilik pada kadar mampu milik tanpa rasa terbeban dengan cukai SST yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha hotel berlesen.
Selain itu, Ganesh yang juga Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF) turut berharap agar kerajaan segera menguatkuasakan Garis Panduan Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek (STRA) dalam memastikan kelangsungan industri perhotelan.
Menurutnya, kerajaan telah kehilangan cukai akibat daripada perniagaan tidak berlesen di mana pihak terbabit tidak terikat kepada kawal selia undang-undang untuk membayar cukai seperti SST, Cukai Pelancongan dan fi lain berkaitan pelancongan atau hotel yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Dasar Awam Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan Mich Goh dalam kenyataan berkata garis panduan STRA nasional yang sedang dibangunkan bakal mencerminkan dinamisme Malaysia dalam menerima teknologi dan inovasi dalam sektor pelancongan.
"Airbnb menyeru agar beberapa insentif utama yang dikhususkan kepada penggiat pelancongan tradisional pada masa ini turut diperluaskan kepada hos STRA, sama ada individu mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)," katanya.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Dr Mohd Khalid Harun pula berharap agar peruntukan khusus bagi melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan dalam sektor pelancongan dapat disediakan kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Beliau berkata perkara itu penting berikutan tenaga kerja tempatan di dalam industri pelancongan adalah barisan hadapan yang akan mempromosi mengenai kebudayaan dan keistimewaan Malaysia.
Selain itu, beliau berkata peruntukan khusus bagi menyelenggara dan naik taraf infrastruktur seperti kemudahan fasiliti di lapangan terbang, pengangkutan awam termasuk kemudahan-kemudahan asas lain agar ia berada di tahap terbaik juga perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2024.
"Kerajaan juga dicadangkan untuk menyediakan peruntukan tambahan bagi sektor pelancongan Muslim tempatan. Pendekatan ini berpotensi meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke dalam negara sekali gus, mengangkat martabat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Ganesh berkata, kerajaan kehilangan cukai akibat daripada perniagaan tidak berlesen yang tidak terikat kepada kawal selia undang-undang untuk membayar cukai dan fi lain berkaitan pelancongan atau hotel yang ditetapkan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Pengurus hotel mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.
Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.
Dua wanita sesak nafas, terperangkap dalam lif hotel
Dua wanita mengalami sesak nafas selepas terperangkap dalam lif sebuah hotel di Banda Hilir di sini selama 20 minit pada Sabtu.
Polis kesan waris lelaki maut jatuh bangunan hotel tingkat 13
Katanya, pasukan siasatan menemukan beg duit berwarna coklat di dalam poket seluar mangsa di lokasi kejadian.
Belanjawan 2024: Nilai ambang SST perlu dinaikkan - Pemain industri perhotelan
Ia perlu bagi memastikan kelangsungan pengusaha hotel bajet yang terjejas akibat persaingan pihak tidak berlesen.
Hotel Ibis Styles Kota Bharu berlatarkan Sungai Kelantan yang mengimbau nostalgia
Hotel berlatarkan Sungai Kelantan dan Jambatan Sultan Yahya Petra ini menawarkan harga penginapan yang berpatutan.
Gempa bumi Maghribi: Hotel milik Ronaldo dibuka sebagai pusat perlindungan
Dalam usaha untuk meringankan penderitaan mangsa gempa bumi, Ronaldo menawarkan hotelnya untuk dijadikan penginapan sementara.
Seorang maut, 3 cedera dalam kejadian tembakan di hotel Turki
Seorang terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah resort di daerah Bodrum Turki, lapor Sptunik memetik laporan media tempatan.