awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Peruntukan RM393.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah - Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/10/2023
08:32 MYT
Belanjawan 2024: Peruntukan RM393.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah - Anwar
Anwar berkata, daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 yang dikenali sebagai Belanjawan Madani Kedua, sekali gus menyaksikan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
"Perbelanjaan tersebut melibatkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.
"Penambahan ini menunjukkan, kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang walaupun pada masa yang sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat," kata Perdana Menteri ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024) di Dewan Rakyat hari ini.
Belanjawan 2024 merupakan Belanjawan Madani Kedua sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi Madani melibatkan tiga tumpuan utama iaitu; Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2024
#Kerajaan Perpaduan
#paling tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan