awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: MOT harap My50 dapat diteruskan tahun depan

Bernama
Bernama
20/08/2024
21:10 MYT
Belanjawan 2025: MOT harap My50 dapat diteruskan tahun depan
Loke berkata, pihaknya bangga melihat pengguna My50 yang semakin ramai iaitu mencecah lebih 200,000 ketika ini. - Gambar myrapid.com.my
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan berharap inisiatif My50, yakni pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan untuk penggunaan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang dapat diteruskan untuk tahun depan menerusi Belanjawan 2025, kata Menterinya Anthony Loke.
Beliau berkata inisiatif ini dilihat perlu bagi memudahkan pengguna khususnya di Lembah Klang untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam dengan harga murah, sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
"Kita agak bangga melihat pengguna My50 semakin ramai. Sekarang sudah mencecah lebih daripada 200,000 (pengguna) sebulan. Pengguna rel di Lembah Klang sekarang ini telah mencecah hampir 900,000 secara purata setiap hari. Kalau dicampur dengan bas, lebih 1.1 juta ridership kita setiap hari di Lembah Klang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Ruang Letak Kereta Antara Malaysia Rapid Transit System (MRTS) dan Coronade Properties Sdn Bhd di sini semalam.
Loke berkata usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi menambah baik sistem pengangkutan awam supaya lebih ramai warga kota khususnya di Lembah Klang dapat menggunakan pengangkutan awam.
Beliau berkata sistem pengangkutan awam di Lembah Klang juga masih memerlukan penambahbaikan kerana berhadapan dengan isu kesesakan lalu lintas.
"Jadi saya harap beberapa inisiatif dan juga projek yang kita telah minta dan pohon, akan diberikan pertimbangan oleh Kementerian Kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#My50
#Belanjawan 2025
#pengangkutan awam
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan