awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/10/2024
10:24 MYT
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Anwar berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
"Jualan Rahmah akan diperhebat bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap bulan.
"RM700 juta dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang, termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.
"Selain itu, RM250 juta disediakan bagi mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa termasuk memperluas ke kawasan baharu di Magandai, Kota Marudu, dan Nanga Pelawan, Bintulu," katanya di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Selain itu, kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas sebanyak RM500 kepada lebih 70,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.
Ia membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM35 juta bagi menghargai sumbangan besar mereka.
Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi hal ehwal Islam tahun depan dengan sebahagiannya adalah untuk memperkasakan institusi pendidikan Islam.
RM150 juta dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat.
Anwar mengumumkan Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera'.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Belanjawan 2025
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan