awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: 22 juta rakyat terima RM100 SARA, hasil penjimatan subsidi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2025
09:35 MYT
Belanjawan 2026: 22 juta rakyat terima RM100 SARA, hasil penjimatan subsidi
Jumlah keseluruhan STR dan SARA 2026 mencecah RM15 bilion. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 pada pertengahan Februari 2026, bagi membantu persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

Ringkasan AI
  • Seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 pada pertengahan Februari 2026 bagi membantu persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
  • Jumlah keseluruhan STR dan SARA bagi tahun 2026 meningkat kepada RM15 bilion hasil penjimatan subsidi, manakala bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diteruskan dengan peruntukan RM3.1 bilion untuk lebih 560,000 penerima.
  • Kerajaan turut menyediakan RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup termasuk RM600 juta untuk memperluas program Jualan Payung RAHMAH di seluruh kawasan DUN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan SARA sebelum ini merekodkan lebih 70 peratus perbelanjaan dan pengagihan semula baki dana kepada golongan memerlukan akan dilakukan menjelang hujung tahun.
“Langkah ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah memastikan baki bantuan tidak terbazir dan disalurkan semula kepada yang lebih susah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA 2026 mencecah RM15 bilion, hasil daripada penjimatan penyasaran subsidi termasuk diesel dan RON95.
Katanya, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga diteruskan dengan peruntukan RM3.1 bilion untuk lebih 560,000 penerima, manakala RM1 bilion disediakan bagi menangani kos sara hidup termasuk RM600 juta untuk memperluas program Jualan Payung RAHMAH di seluruh kawasan dewan undangan negeri (DUN).
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2026
#kos sara hidup
#sara
#Str
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan