MALAYSIA
Belanjawan 2026 bukti komitmen perkasa kesejahteraan rakyat - Fuziah
Fuziah berkata belanjawan itu menzahirkan usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif, memperkukuh rantaian bekalan domestik serta melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana daripada tekanan kos sara hidup.-BERNAMA
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa kesejahteraan rakyat serta memacu ekonomi negara ke arah pertumbuhan mampan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Fuziah Salleh.
Ringkasan AI
Beliau berkata belanjawan itu menzahirkan usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif, memperkukuh rantaian bekalan domestik serta melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana daripada tekanan kos sara hidup.
"Saya yakin Belanjawan 2026 akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan adil selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan berdaya tahan serta berorientasikan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fuziah berkata langkah meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi memasukkan elemen Lemon Law turut menunjukkan kesungguhan kerajaan melindungi hak pengguna serta memperkukuh akauntabiliti pengeluar dan pengedar terhadap kualiti produk.
Beliau berkata peruntukan RM20 juta bagi pemerkasaan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia serta penandaan logo Buatan Malaysia akan mengukuhkan identiti nasional produk tempatan di pasaran global sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi domestik dan peluang pekerjaan untuk rakyat.
"Saya juga amat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang terus memperjuangkan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, melalui peruntukan RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup termasuk RM600 juta untuk Program Payung Rahmah," katanya.
Beliau berkata peningkatan peruntukan itu menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam usaha mengimbangi kos sara hidup.
Sementara itu, Fuziah berkata KPDN akan terus memainkan peranan dalam menjayakan agenda Belanjawan 2026, khususnya dalam pelaksanaan penyasaran subsidi yang diunjurkan menjimatkan RM 5 bilion bagi diesel dan RM2.5 bilion bagi RON95 bagi mengurangkan ketirisan, meningkatkan kecekapan pasaran dan memperkukuh daya saing jangka panjang.
"KPDN juga akan terus bekerjasama dengan semua agensi kerajaan, industri dan pertubuhan pengguna bagi memastikan setiap inisiatif belanjawan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat langsung kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Timbalan Menteri KPDN Datuk Fuziah Salleh berkata Belanjawan 2026 membuktikan komitmen kerajaan MADANI memperkasa kesejahteraan rakyat dan memacu ekonomi mampan.
- Beliau menegaskan pindaan Akta Perlindungan Pengguna dengan elemen Lemon Law serta peruntukan RM20 juta bagi Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia menunjukkan keprihatinan terhadap pengguna dan produk tempatan.
- Fuziah turut memuji langkah menangani kos sara hidup melalui peruntukan RM1 bilion termasuk RM600 juta untuk Program Payung Rahmah serta penjimatan subsidi bahan api bagi memastikan tiada golongan terpinggir.