Belanjawan 2026 dibentang hari ini, fokus keseimbangan ekonomi dan kebajikan rakyat

Astro AWANI akan membawakan laporan langsung serta analisis bersama pakar sepanjang hari ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual membentangkan Belanjawan 2026 pada jam 4 petang ini di Dewan Rakyat.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri dijadual membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, yang menjadi asas pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk tempoh 20262030.
- Belanjawan dirangka untuk menangani kos sara hidup, perumahan dan daya tahan isi rumah, sambil memperkukuh perlindungan sosial dan pelaburan dalam sektor strategik.
- Jumlah peruntukan bagi tahun 2026 belum diumumkan, dan Astro AWANI akan membawakan laporan langsung serta analisis bersama pakar sepanjang hari ini.
Anwar sebelum ini menegaskan bahawa Belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan seimbang antara pengukuhan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
Beliau menyatakan bahawa walaupun teori ekonomi menekankan pengukuhan hasil negara, kerajaan perlu mengambil kira realiti kehidupan rakyat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, turut menjelaskan bahawa Belanjawan 2026 akan memperkukuh perlindungan sosial dan meningkatkan daya tahan isi rumah.
Pelaburan pula akan memberi tumpuan kepada sektor strategik seperti semikonduktor, peralihan tenaga, pendigitalan, syarikat pemula niaga dan industri masa depan.
“Belanjawan ini memberi penekanan kepada melindungi isi rumah daripada tekanan semasa, di samping meletakkan asas bagi pertumbuhan masa hadapan,” katanya.
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah pentadbiran Anwar dan yang pertama bagi RMK13, yang akan berlangsung dari 2026 hingga 2030.
Ia dijangka menjadi landasan awal pembangunan semula negara secara inklusif dan mampan.
Untuk Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan RM421 bilion di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Jumlah peruntukan bagi tahun 2026 masih dinantikan, dan dijangka diumumkan petang ini.
Astro AWANI akan membawakan liputan langsung dan analisis terperinci bersama barisan pakar sepanjang hari ini bagi mendalami isi kandungan Belanjawan 2026.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami