MALAYSIA
Belanjawan 2026 dijangka beri fokus kepada pendidikan dan kesihatan - TPM
Fadillah turut menyuarakan harapan agar kerajaan memberi perhatian kepada pelaksanaan projek-projek kritikal. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan utama kepada sektor pendidikan dan kesihatan sebagai asas pembangunan negara, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ringkasan AI
“Kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesihatan. Kedua-dua aspek ini adalah keutamaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.
Fadillah turut menyuarakan harapan agar kerajaan memberi perhatian kepada pelaksanaan projek-projek kritikal yang melibatkan isu banjir, bekalan air dan tenaga, khususnya bagi membantu penduduk di Sarawak.
“Tumpuan kali ini adalah untuk membantu rakyat. Projek-projek kritikal seperti masalah banjir, bekalan air dan tenaga perlu diberi sokongan, terutamanya kepada kumpulan rentan,” ujarnya.
Beliau juga menekankan keperluan untuk menangani kos sara hidup rakyat melalui pendekatan yang bersasar dan berkesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Jumaat ini.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Pendidikan dan kesihatan dikenal pasti sebagai keutamaan utama dalam Belanjawan 2026, selaras dengan asas pembangunan negara.
- Kerajaan disaran memberi perhatian kepada isu banjir, bekalan air dan tenaga, khususnya di Sarawak, demi membantu kumpulan rentan.
- Pendekatan bersasar diperlukan untuk mengurangkan kos sara hidup, dengan pembentangan rasmi Belanjawan 2026 dijadual berlangsung Jumaat ini oleh Perdana Menteri.