MALAYSIA
Belanjawan 2026: Gaji hakim naik 30 peratus selepas 10 tahun tiada kenaikan - PM
Perdana Menteri turut menegaskan, semua anggota Jemaah Menteri juga akan terus membuat pemotongan sebanyak 20 peratus daripada gaji masing-masing. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan gaji hakim sehingga 30 peratus mulai 1 Januari tahun depan.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kali terakhir gaji hakim dinaikkan adalah pada 2015, selain mereka tidak menerima kenaikan gaji tahunan seperti skim lain dan tidak dibenar memegang jawatan atau terbabit dalam perniagaan.
“Atas kesedaran kita, juga sistem badan kehakiman yang pernah dianggap tercalar, tapi berbangga badan kehakiman sekarang ke arah lebih wibawa, lebih integriti dan bebas.
“Atas semangat itu, kerajaan bersetuju menaikkan gaji hakim sehingga 30 peratus mulai 1 Januari 2026,” kata Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, semua anggota Jemaah Menteri juga akan terus membuat pemotongan sebanyak 20 peratus daripada gaji masing-masing.
“Sementara itu, suka saya tegaskan bahawa, semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji,” ujarnya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji hakim hingga 30 peratus bermula 1 Januari 2026, selepas kali terakhir disemak pada 2015.
- Kenaikan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kewibawaan, integriti, dan kebebasan badan kehakiman negara.
- Semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan gaji sebanyak 20 peratus sebagai langkah solidariti.