MALAYSIA
Belanjawan 2026: KKM hargai peruntukan kedua terbesar
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata apa yang mustahak adalah perbelanjaan peruntukan ini haruslah efisien dan efektif. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peruntukan RM46.5 bilion, meningkat daripada RM45.3 bilion pada tahun ini.
Ringkasan AI
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata apa yang mustahak adalah perbelanjaan peruntukan ini haruslah efisien dan efektif.
“Terima kasih kepada PM selaku Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan II (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) yang memberikan KKM peruntukan kedua terbesar,” katanya.
Beliau turut menghargai pengumuman kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP), purata 40 peratus, daripada julat 38 hingga 43 peratus untuk kakitangan KKM yang telah berkhidmat selama lebih 13 hingga 14 tahun.
Pada masa sama beliau turut menyambut baik pengumuman melibatkan 4,500 kakitangan doktor kontrak ditawarkan kepada jawatan tetap pada tahun hadapan.
“Saya lihat pendekatan PM dan Menteri Kewangan II adalah untuk menyuntik semangat dan moral kakitangan KKM,” katanya semasa ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Langkah ini adalah lanjutan usaha berterusan kerajaan sejak 2023, yang telah meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan dan menyerap sejumlah 12,900 doktor kontrak ke dalam perkhidmatan tetap setakat ini.
Dr Dzulkefly juga menekankan insentif kepada doktor swasta yang terlibat dalam sistem Primary Healthcare (PHC) dengan julat bayaran RM10 hingga RM80.
“Perkhidmatan mereka itu sangat diperlukan untuk kita dapat mengelakkan kesesakan di Klinik Kesihatan dan Hospital KKM,” jelasnya.
Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM1.2 bilion dimana RM100 juta untuk naik taraf wad-wad di hospital daerah seluruh negara dan RM755 juta untuk peroleh peralatan perubatan baru yang canggih.
Selain itu, kadar cukai rokok dan cukai minuman beralkohol dinaikkan mulai 1 November tahun ini sebagai langkah kerajaan mengurangkan tabiat merokok, mengawal pengambilan alkohol serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Anwar berkata, kenaikan kadar duti eksais itu melibatkan kenaikan 2 sen bagi setiap batang rokok.
Beliau berkata, hasil tambahan daripada kenaikan cukai rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membiayai program Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta rawatan penyakit diabetes dan jantung.
Menurut Dr Dzulkefly, rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah hati termasuk sirosis dan penyakit metabolik, yang berpotensi berakhir dengan kanser hati.
“Saya yakin pakar hati, pakar organ, dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCDs) akan menerima peruntukan yang lebih besar daripada sebelumnya untuk meningkatkan rawatan dan pencegahan,” katanya lagi.
Selain itu, beliau turut mengesahkan pesakit pertama dijangka dapat menerima rawatan daripada rakan KKM di hospital yang terpilih pada Disember ini.
Ringkasan AI
- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peruntukan RM46.5 bilion kepada KKM, termasuk kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) sekitar 40 peratus.
- Sebanyak 4,500 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetap tahun depan, manakala RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf wad dan membeli peralatan perubatan baharu.
- Kenaikan cukai rokok dan alkohol mulai 1 November akan menambah hasil untuk program rawatan paru-paru, diabetes, dan jantung di bawah KKM.