MALAYSIA
Belanjawan 2026: KKR terima RM10.96 bil fokus mengukuhkan infrastruktur rakyat
Kata Alexander, 90 peratus daripada bajet KKR diperuntukkan untuk pembangunan, sejajar peranan kementerian itu sebagai peneraju infrastruktur dan industri pembinaan negara.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM10.96 bilion di bawah Belanjawan 2026 Kerajaan MADANI, meningkat 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan tersebut merangkumi RM1.085 bilion bagi bajet mengurus dan RM9.607 bilion bagi bajet pembangunan, masing-masing menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2025.
“Belanjawan 2026 adalah istimewa kerana ianya merupakan belanjawan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia ke-13. Seperti disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini belanjawan rakyat yang mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam meneruskan agenda ekonomi MADANI,” katanya ketika muncul dalam program Agenda AWANI, pada Isnin.
Beliau menjelaskan, 90 peratus daripada bajet KKR diperuntukkan untuk pembangunan, sejajar peranan kementerian itu sebagai peneraju infrastruktur dan industri pembinaan negara.
“KKR bukan sahaja melaksanakan projek di bawah kementerian sendiri, tetapi turut menerima amanah membina infrastruktur rakyat bagi kementerian lain seperti institusi pendidikan untuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, fasiliti kesihatan untuk Kementerian Kesihatan serta kemudaham awam untuk Kementerian lain.
“Ramai tidak sedar bahawa banyak sekolah, universiti dan hospital yang dibina adalah hasil pelaksanaan KKR sebagai agensi pelaksana,” jelasnya.
Tambah beliau, daripada jumlah bajet pembangunan itu, sebahagian besar akan digunakan bagi projek pembinaan baharu dan naik taraf dan sebahagian lain untuk kerja penyenggaraan, pembaikan serta penggantian jalan dan jambatan di seluruh negara.
Tiga negeri yang menerima peruntukan tertinggi ialah Sabah yang memperoleh RM2.228 bilion diikuti Sarawak sebanyak RM1.497 bilion diikuti dengan Kelantan sebanyak RM975 juta.
Memperincikan lebih lanjut, Alexander berkata, Program MYJALAN sebagai program flagship KKR turut mengukuhkan infrastruktur jalan raya supaya senantiasa berkualiti, mampan, lestari, selamat dan selesa. Dengan peruntukan RM2.5 bilion, ianya akan dimanfaatkan untuk kerja penyenggaraan berkala pavemen, bukan pavemen, penyenggaraan rutin, serta kerja cerun dan sistem amaran awal tanah runtuh.
Dalam Program MYJALAN juga, kerajaan turut memperuntukkan RM240 juta bagi pemasangan lampu jalan di kawasan berisiko kemalangan serta RM50 juta untuk menaik taraf lampu isyarat pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI). Sebanyak RM30 juta pula disediakan untuk 115 Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya bagi mempercepatkan tindakan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kecil yang perlu dilakukan segera.
Sementara itu, Alexander memaklumkan, antara projek berimpak tinggi yang menjadi tumpuan KKR pada tahun 2026 termasuk Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B, Sarawak–Sabah Link Road Fasa 1 dan 2, Lingkaran Tengah Utama (LTU), Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai, lorong tambahan PLUS di laluan Ayer Hitam–Kulai serta projek penyuraian trafik PLUS Sungai Dua–Juru.
“Pelaksanaan projek-projek tersebut akan memperkukuh jaringan infrastruktur negara, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta meningkatkan mobiliti demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat,” katanya.
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!