awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: KSN beri bayangan ada berita baik buat rakyat, penjawat awam

Bernama
Bernama
18/09/2025
06:20 MYT
Belanjawan 2026: KSN beri bayangan ada berita baik buat rakyat, penjawat awam
Shamsul Azri juga berkata berita baik yang bakal diumumkan itu adalah manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjadi kerajaan yang prihatin terhadap rakyat. - Gambar/ Bernama
SEPANG: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Belanjawan 2026 tidak akan mengecewakan rakyat Malaysia khususnya golongan penjawat awam.
"Belanjawan mesti ada berita baik... tapi rahsialah, tak boleh (dedah)... tapi yakin bahawa memang ada berita baik," katanya ketika ditanya tentang harapan terhadap Belanjawan 2026.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali keempat di sini hari ini.
Shamsul Azri juga berkata berita baik yang bakal diumumkan itu adalah manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjadi kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.
Belanjawan 2026, yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Okt ini, merupakan siri keempat Belanjawan MADANI yang dirangka untuk memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Belanjawan kali ini akan terus menelusuri tiga tonggak utama Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan khususnya dalam tatakelola yang baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#KSN
#berita baik
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan