MALAYSIA
Belanjawan 2026: MAFTA sambut baik langkah propelancongan
Koh berkata manfaat penuh Belanjawan 2026 tidak akan dapat direalisasikan selagi dasar lapuk iaitu Akta Duti Hiburan, tidak segera disemak semula dan dimansuhkan demi kepentingan pemain industri. - Gambar MAFTA
KUALA LUMPUR: Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA) menyambut baik langkah propelancongan yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2026, namun menggesa kerajaan segera menangani isu yang sekian lama tertangguh iaitu Akta Duti Hiburan 1953.
Presidennya Tan Sri Richard Koh berkata inisiatif kerajaan, khususnya rebat cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000 untuk pelancongan domestik dan pengecualian cukai pendapatan bagi naik taraf kemudahan taman akan membantu merangsang pelancongan dalam negara serta menggalakkan perbelanjaan tempatan.
Bagaimanapun, beliau berkata manfaat penuh Belanjawan 2026 tidak akan dapat direalisasikan selagi dasar lapuk iaitu Akta Duti Hiburan, tidak segera disemak semula dan dimansuhkan demi kepentingan pemain industri secara umum dan keluarga Malaysia secara keseluruhan.
"Pembaharuan yang lama tertangguh ini akan membolehkan kami (pengendali taman) menurunkan harga tiket dan menjadikan pengalaman rekreasi diakses oleh semua keluarga, khususnya mereka yang paling memerlukan.
"Akta Duti Hiburan 1953 sudah berusia lebih 70 tahun dan sama sekali tidak relevan dengan realiti sosial dan ekonomi masa kini," katanya.
Koh berkata pengusaha taman tema dan pusat pemainan berfokuskan keluarga dibebani secara tidak adil oleh cukai lapuk itu, yang memaksa harga tiket dinaikkan sekali gus menafikan akses kepada keluarga B40 yang paling memerlukan rekreasi mampu milik.
Beliau menegaskan aktiviti rekreasi tidak seharusnya dianggap perkara mewah sebaliknya merupakan komponen penting dalam perkembangan kanak-kanak, ikatan kekeluargaan dan kesejahteraan komuniti.
"Tanpa pelaksanaan pembaharuan ini, Malaysia berisiko menafikan ribuan keluarga daripada menikmati kegembiraan paling mudah seperti menghabiskan masa sehari di taman tema, atau pusat permainan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, MATFA menyokong sepenuhnya semangat Belanjawan 2026 yang progresif dan berfokuskan rakyat," katanya.
Tambah Koh, Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2023 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang menekankan aspek keterjangkauan dan keterangkuman dengan sasaran 26 juta pelancong dan RM120 bilion hasil pelancongan, berdepan cabaran selagi peraturan usang seperti Akta Duti Hiburan tidak ditangani
Beliau berkata sebagai hab pelancongan Asia Tenggara, Malaysia dan Singapura sama-sama menjadikan sektor itu sebagai pemacu ekonomi utama dengan tarikan mesra keluarga seperti taman tema memainkan peranan yang penting.
"Kita ambil contoh dasar Singapura yang menekankan aspek pengalaman berkualiti tinggi dan premium dengan pelaburan besar dalam infrastruktur dan insentif bagi inovasi. Tahun ini sahaja mereka menyasarkan 17-18.5 juta pelawat antarabangsa dan pendapatan hasil pelancongan sebanyak S$29 bilion hingga S$30.5 bilion," katanya.
Koh berkata dengan memansuhkan Akta Duti Hiburan berpotensi memberi manfaat kepada lebih ramai keluarga B40 kerana mereka akan mendapati aktiviti rekreasi tempatan lebih mampu milik semasa TMM 2026.
"Ini akan memperkukuh keterangkuman yang menjadi teras kepada Belanjawan 2026," katanya.
Koh menggesa pembuat dasar agar mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam industri bagi memodenkan kerangka peraturan yang sudah lapuk.
"Marilah kita bersama-sama membina landskap pelancongan yang tidak meminggirkan mana-mana keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini