MALAYSIA
Belanjawan 2026: Parlimen rekod penghargaan kepada aktivis Sumud Nusantara Flotilla
Anwar berkata, ikhtiar tersebut pastinya mencelikkan dunia tentang keperluan mengangkat nilai kemanusiaan dan menegak keadilan. - Gambar JaPen
KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia merakamkan penghargaan tertinggi kepada para aktivis dan sukarelawan Malaysia yang menunjukkan kecekalan membelah samudera melalui ikhtiar Sumud Nusantara Flotilla.
Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ikhtiar tersebut pastinya mencelikkan dunia tentang keperluan mengangkat nilai kemanusiaan dan menegak keadilan.
Selain itu, Anwar menjelaskan, dunia pasca-Gaza menuntut keberanian moral dan kebijaksanaan diplomasi untuk membina ufuk baharu yang menjanjikan keamanan, keadilan serta kemanusiaan sejagat.
Dalam pada itu tegas beliau, dunia berdepan percaturan kuasa dan tragedi kemanusiaan di Gaza akibat kezaliman Zionis Israel ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN 2025.
“Terkini, Malaysia menyambut baik dan menaruh harapan terhadap usaha damai yang diterajui Amerika Syarikat bersama Mesir dan Qatar bagi memastikan rundingan antara Hamas dan Israel membuahkan hasil yang menjamin kebebasan serta kemerdekaan rakyat Palestin,” katanya.
Selain itu Anwar yang juga penaung Sumud Nunsantara Flotilla turut menyampaikan petikan bait puisi Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh, bagi menghayati penderitaan penduduk Palestin yang menentang penindasan dan kekejaman rejim Zionis Israel.
“Jikalau akarku
merangkak ke tanah ini
akan lainlah buahnya nanti
getahnya akan jadi anih
kental atau beku
atau mengalir
melawan arus.”
Terdahulu media melaporkan, kesemua sembilan aktivis Malaysia termasuk wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri, yang diculik tentera Israel ketika menyertai pelayaran kapal Conscience anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC), disahkan akan tiba di Istanbul malam ini.
Astro AWANI difahamkan kesemua mereka akan dibawa keluar dari Israel selewat-lewatnya petang ini.
Menurut sumber, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berhubung dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengenai perkembangan ini.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini