MALAYSIA
Belanjawan 2026: Penjawat awam berpeluang sambung pengajian
Chinmoy Sahu (kiri) berkata, program tersebut dilaksanakan secara berperingkat dengan pengambilan awal memberi keutamaan kepada pegawai yang memegang peranan utama dalam transformasi perkhidmatan. - Gambar GlobalNxt University
KUALA LUMPUR: Berita baik kepada penjawat awam! Selaras dengan fokus kerajaan di bawah Belanjawan 2026 untuk memperkukuh pembangunan modal insan serta memodenkan perkhidmatan awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) melantik GlobalNxt University sebagai peneraju inisiatif pendidikan inovatif khusus untuk pegawai kerajaan.
Menerusi program itu, penjawat awam yang memenuhi syarat berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat universiti melalui laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang mengiktiraf pengalaman kerja sebenar sebagai kelayakan sah untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Inisiatif tersebut dibiayai sepenuhnya tajaan INTAN dengan tambahan sokongan biasiswa daripada GlobalNxt University, yang memastikan para peserta tidak terbeban dengan sebarang kos yuran pengajian.
Langkah itu adalah sejajar dengan keutamaan Belanjawan 2026 untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja awam dan menutup jurang kompetensi kritikal dalam tadbir urus digital, kepimpinan strategik serta pembangunan mampan.
Naib Canselor GlobalNxt University, Chinmoy Sahu berkata, program tersebut dilaksanakan secara berperingkat dengan pengambilan awal memberi keutamaan kepada pegawai yang memegang peranan utama dalam transformasi perkhidmatan.
"Ini bukan sekadar program pendidikan, sebaliknya strategi pembinaan negara.
"Menerusi APEL dan model pembelajaran hibrid kami, penjawat awam boleh memperoleh kelayakan yang diiktiraf tanpa menjejaskan peranan sedia ada,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Selasa.
Usaha libat urus, katanya, akan bermula pada suku keempat tahun ini, menjelang pelaksanaan Belanjawan 2026.
Tambah Chinmoy, melalui APEL dan model pembelajaran hibrid, penjawat awam boleh memperoleh kelayakan diiktiraf tanpa menjejaskan tanggungjawab sedia ada.
"Perkongsian ini melambangkan masa depan pembangunan perkhidmatan awam yang lebih progresif dan berdaya saing," katanya lagi.
Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini memberitahu Belanjawan 2026 akan memacu reformasi sektor awam negara dalam memperkukuh tadbir urus, mempertingkat penyampaian perkhidmatan dan menjamin kemampanan fiskal.
Dalam kenyataan Pra-Belanjawan 2026, MOF memaklumkan ia, antaranya, dengan memodenkan perkhidmatan awam, memperkenalkan kerangka dan perundangan yang meningkatkan prestasi perkhidmatan awam serta memperkukuh prinsip integriti dan tadbir urus beretika.
Reformasi itu disokong komitmen untuk mengoptimumkan sumber awam, meminimumkan ketirisan dan memastikan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.