MALAYSIA
Belanjawan 2026: Peruntukan TVET meningkat kepada RM7.9 bilion, perkasa bakat tempatan
Peningkatan peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memperkukuh pembangunan bakat tempatan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan peruntukan yang meningkat kepada RM7.9 bilion pada tahun 2025, naik berbanding RM7.5 bilion tahun sebelumnya.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 berkata, peningkatan peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi permintaan industri berpertumbuhan pesat.
Beliau menegaskan bahawa TVET menjadi teras utama pembangunan modal insan negara, dengan pelaburan besar bagi memperluas peluang latihan, menaik taraf infrastruktur, serta memperkukuh ekosistem pendidikan kemahiran.
Antara inisiatif utama yang dibiayai menerusi peruntukan berkenaan termasuk:
• RM45 juta kepada Majlis TVET Negara untuk memperluas pelaksanaan Program IPT@Komuniti, termasuk penerapan teknologi digital dan AI kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok.
• RM1.3 bilion kepada institusi TVET di bawah Kementerian Pendidikan bagi mendidik 79,000 penuntut.
• RM3 bilion menerusi HRD Corp bagi menawarkan 3 juta peluang latihan, terutamanya dalam sektor teknologi tinggi, digital dan peralihan tenaga.
• RM650 juta oleh PTPK untuk membiayai lebih 25,000 pelatih dalam bidang strategik seperti AI, kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor.
• RM34 juta kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi Program Akademi Dalam Industri yang bertujuan melatih tenaga tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
• GiatMARA turut menyediakan latihan kepada 13,000 golongan tumpuan, termasuk pekerja gig, manakala Kolej Komuniti memperluas Program Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi komuniti rentan seperti OKU, warga emas, ibu tunggal dan Orang Asli.
Selain itu, perdana menteri memaklumkan peruntukan turut digunakan untuk menaik taraf kemudahan institusi TVET, termasuk pembinaan hangar baharu di ADTEC Shah Alam bagi penyelenggaraan kapal terbang dan Kompleks Teaching Shipyard TVET Marine di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi bidang maritim, seiring dengan aspirasi pembangunan ekonomi biru negara.
Kerajaan juga akan membangunkan sebuah Kolej Vokasional baharu di Sabah, sebagai sebahagian daripada usaha memperluas akses TVET ke seluruh negara.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Kerajaan memperkukuh pembangunan bakat tempatan melalui TVET dengan peruntukan meningkat kepada RM7.9 bilion pada tahun 2025, meliputi latihan, infrastruktur dan ekosistem pendidikan kemahiran.
- Antara inisiatif utama termasuk RM3 bilion oleh HRD Corp untuk 3 juta peluang latihan, RM1.3 bilion kepada institusi TVET KPM, RM650 juta oleh PTPK untuk bidang strategik seperti AI dan EV, serta RM45 juta kepada Majlis TVET Negara untuk pelajar tahfiz dan pondok.
- Peruntukan turut digunakan untuk menaik taraf kemudahan seperti hangar kapal terbang di ADTEC Shah Alam dan Kompleks Teaching Shipyard di UMT, serta pembinaan Kolej Vokasional baharu di Sabah bagi memperluas akses TVET.