MALAYSIA
Belanjawan 2026: RM15.5 bilion penjimatan hasil reformasi subsidi
Kata Anwar, pelaksanaan penyasaran subsidi kini menjadi agenda utama bagi memperkukuh kecekapan perbelanjaan kerajaan.
KUALA LUMPUR: Langkah berani kerajaan melaksanakan penyasaran dan penstrukturan semula subsidi kini membuahkan hasil besar, dengan penjimatan keseluruhan mencecah RM15.5 bilion setahun.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 menegaskan, kejayaan ini membuktikan bahawa reformasi fiskal yang sukar tetapi berprinsip mampu menjana ruang kewangan baharu untuk rakyat.
“Setiap sen yang dijimatkan tidak disimpan, tetapi dikembalikan kepada rakyat, dalam bentuk bantuan tunai, prasarana awam, pendidikan, dan kesihatan,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, langkah penyasaran subsidi membolehkan kerajaan mengurangkan ketirisan dan menghapuskan ketidakadilan apabila bantuan yang sepatutnya untuk rakyat berpendapatan rendah sebelum ini turut dinikmati oleh golongan kaya, syarikat besar dan warga asing.
Antara reformasi yang menyumbang kepada penjimatan besar tersebut termasuk:
Anwar berkata, melalui BUDI95, lebih 10 juta rakyat kini menikmati harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter, antara yang terendah di rantau ini.
"Selain itu, bantuan tunai RM200 sebulan turut disalurkan kepada pemilik individu, petani dan pekebun kecil yang layak, bukti bahawa penjimatan hasil penyasaran kembali ke tangan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, Kerajaan kini sedang mengemas kini pangkalan data melibatkan 16.5 juta warganegara, termasuk memperluas kuota kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif bagi memastikan tiada yang tercicir daripada skim bantuan.
Perdana Menteri menegaskan, reformasi subsidi ini bukan sekadar langkah kewangan, tetapi agenda pembaharuan menyeluruh untuk membina ekonomi lebih berdaya tahan, adil dan bertanggungjawab.
“RM15.5 bilion yang dijimatkan ini bukan angka semata-mata. Ia bermakna lebih banyak sekolah boleh dibaiki, lebih banyak klinik rakyat dibuka, dan lebih ramai anak Malaysia mendapat peluang pendidikan yang lebih baik,” tegasnya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Ringkasan AI
- Kerajaan berjaya menjimatkan RM15.5 bilion setahun hasil pelaksanaan penyasaran dan penstrukturan semula subsidi, yang membolehkan dana dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan tunai, pendidikan, kesihatan dan prasarana awam.
- Antara langkah penyasaran yang menyumbang kepada penjimatan termasuk pengapungan harga ayam dan telur, penstrukturan tarif elektrik, penyasaran subsidi diesel serta pelaksanaan BUDI95 untuk petrol RON95.
- Perdana Menteri menegaskan reformasi subsidi ini bukan sekadar langkah fiskal, tetapi usaha membina ekonomi yang lebih adil dan berdaya tahan, dengan penekanan kepada perlindungan sosial dan pembangunan menyeluruh untuk rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 menegaskan, kejayaan ini membuktikan bahawa reformasi fiskal yang sukar tetapi berprinsip mampu menjana ruang kewangan baharu untuk rakyat.
“Setiap sen yang dijimatkan tidak disimpan, tetapi dikembalikan kepada rakyat, dalam bentuk bantuan tunai, prasarana awam, pendidikan, dan kesihatan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, langkah penyasaran subsidi membolehkan kerajaan mengurangkan ketirisan dan menghapuskan ketidakadilan apabila bantuan yang sepatutnya untuk rakyat berpendapatan rendah sebelum ini turut dinikmati oleh golongan kaya, syarikat besar dan warga asing.
Antara reformasi yang menyumbang kepada penjimatan besar tersebut termasuk:
- Pengapungan harga ayam dan telur – masing-masing menjimatkan RM1 bilion setiap satu sambil menstabilkan harga pasaran.
- Penstrukturan tarif elektrik dan penyasaran subsidi tenaga – menjimatkan RM6 bilion, dengan 85 peratus pengguna tidak terkesan dan sebahagian menikmati penurunan bil.
- Penyasaran subsidi diesel – menjimatkan RM5 bilion, sambil memastikan sektor pengangkutan awam, nelayan dan logistik kekal menerima harga subsidi.
- Penyasaran RON95 melalui BUDI95 – dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion setahun.