MALAYSIA
Belanjawan 2026 satu pengiktirafan tulus atas peranan besar penjawat awam - CUEPACS
Adnan berkata dengan pelaksanaan SSPA 2.0, insentif baharu dan perumahan lebih menyeluruh, penjawat awam kini lebih bersemangat untuk terus berkhidmat dengan dedikasi demi rakyat dan negara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan Belanjawan 2026 yang diumumkan hari ini bukan sekadar angka tetapi juga satu pengiktirafan yang tulus atas jasa dan peranan besar golongan itu bagi menjayakan pentadbiran negara.
Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2.0, insentif baharu dan perumahan lebih menyeluruh, penjawat awam kini lebih bersemangat untuk terus berkhidmat dengan dedikasi demi rakyat dan negara.
"CUEPACS menilai peruntukan dan pengumuman yang dibuat sebagai manifestasi keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap pengorbanan dan jasa penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran serta pelaksana dasar kerajaan.
"CUEPACS berharap pelaksanaan SSPA 2.0 serta semua pengumuman berkaitan penjawat awam dilaksanakan secara telus, menyeluruh dan tidak tertangguh, supaya manfaatnya dapat dirasai segera oleh semua lapisan perkhidmatan awam di peringkat Persekutuan mahupun negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata CUEPACS amat menghargai pengumuman pelaksanaan SSPA Fasa 2 yang akan berkuat kuasa Januari tahun depan, dengan implikasi kewangan sebanyak RM18 bilion, menunjukkan kesungguhan kerajaan menstruktur semula skim gaji dan imbuhan yang lebih adil, seimbang serta mampan bagi semua kumpulan perkhidmatan.
Adnan berkata pihaknya menzahirkan penghargaan atas langkah kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters penjawat awam termasuk doktor, jururawat, tentera, polis, guru, bomba dan penjara.
Antara inisiatif utama yang disambut baik ialah jaminan pinjaman sehingga 120 peratus melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi penjawat awam kontrak, penyediaan RM500 juta oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk pinjaman rumah pertama dan kenaikan had pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada RM1 juta serta melanjutkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda hingga 2026.
Beliau berkata kesemua inisiatif itu termasuk kelonggaran pembiayaan kali kedua tanpa perlu menamatkan pinjaman pertama jelas memperkukuh kesejahteraan dan kestabilan hidup penjawat awam muda serta kontrak di seluruh negara.
Selain itu, CUEPACS turut menyambut baik pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak serta RM250 kepada pesara kerajaan dan veteran berpencen serta tidak berpencen, yang mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap tekanan kos sara hidup menjelang sambutan Aidilfitri tahun depan.
Adnan berkata peluasan Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi (BIBP) kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional juga amat dihargai kerana memberi peluang kepada pegawai yang telah lama berkhidmat tetapi masih menunggu peluang kenaikan pangkat akibat kekangan struktur perjawatan.
Beliau berkata kenaikan Bantuan Sara Hidup pesara kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kepada RM500 sebulan, bayaran khas RM500 kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia dan Elaun Sara Hidup RM900 sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa, dengan peningkatan jumlah penerima kepada 150 orang setahun, memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk memperkukuh kebajikan dan pembangunan profesional penjawat awam.
"CUEPACS turut menghargai ketegasan kerajaan mengekalkan pemotongan 20 peratus gaji Menteri Kabinet sebagai contoh kepimpinan berintegriti dan teladan kepada seluruh jentera pentadbiran awam.
"Selain itu, kemudahan pengeluaran awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sehingga RM10,000 bagi tujuan menunaikan haji menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keseimbangan antara kesejahteraan duniawi dan rohani penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini