MALAYSIA
Belanjawan Johor 2026: Peruntukan pendidikan tertinggi dalam sejarah untuk murid, mahasiswa anak Johor
Aznan berkata Program Back To School yang merupakan inisiatif paling dekat di hati rakyat menerima peruntukan sebanyak RM28.8 juta. - Foto fail/
JOHOR BAHRU: Inisiatif Program Back To School, tiket penerbangan dan bas percuma dengan peruntukan RM30.2 juta antara agenda pendidikan yang dirangka untuk meringankan beban anak Johor menerusi Belanjawan 2026.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata kerajaan negeri secara keseluruhan memperuntukkan RM163 juta bagi agenda pendidikan, iaitu tertinggi dalam sejarah, seperti diumumkan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata Program Back To School yang merupakan inisiatif paling dekat di hati rakyat menerima peruntukan sebanyak RM28.8 juta.
"Bantuan pakaian sekolah ini akan memanfaatkan 189,000 murid dan pelajar di seluruh Johor termasuk 2,000 orang bagi setiap 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan asnaf," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata inisiatif itu bukan sekadar pemberian bantuan, tetapi juga sokongan moral agar anak Johor dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih yakin, selesa dan bersemangat.
Selain itu, golongan mahasiswa turut menerima manfaat, menerusi inisiatif Bantuan Tiket Penerbangan untuk mereka yang belajar di Sabah dan Sarawak serta bas percuma kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Semenanjung pada musim perayaan dengan peruntukan RM1.4 juta.
"Inisiatif ini membolehkan anak-anak Johor pulang ke pangkuan keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali tanpa bimbang tentang kos perjalanan yang semakin meningkat," katanya.
Aznan menjelaskan dua inisiatif itu selain meringankan beban kewangan ibu bapa, turut memberi motivasi dan keyakinan kepada mahasiswa untuk menumpukan perhatian kepada pendidikan mereka.
Secara keseluruhan, beliau berkata peruntukan untuk agenda pendidikan mencerminkan iltizam dan mesej jelas usaha berterusan kerajaan negeri memastikan kebajikan rakyat daripada peringkat murid hingga mahasiswa terus terpelihara.
"Angka besar ini menunjukkan kesungguhan (kerajaan negeri) dalam memastikan setiap anak Johor dari bandar hingga ke pulau, mempunyai peluang kepada pendidikan terbaik," katanya.
Aznan berkata usaha itu juga menyampai mesej jelas bahawa pendidikan merupakan asas kepada kesejahteraan keluarga dan negeri kerana 'setiap ringgit yang dilaburkan untuk pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang masa depan Johor'.
"Dengan sokongan rakyat dan kerjasama semua, inisiatif ini diyakini mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat, sekali gus melahirkan Bangsa Johor yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan bersedia memimpin di pentas global," katanya.
Aznan berkata kerajaan negeri menzahirkan penghargaan serta menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas keprihatinan baginda yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat terutama dalam aspek keselamatan dan kualiti pendidikan.
"Titah dan pandangan baginda menjadi dorongan kepada semua jentera kerajaan untuk menggandakan usaha membina suasana sekolah yang lebih selamat, berdisiplin dan positif untuk anak-anak kita," katanya.
Aznan berkata keprihatinan baginda juga meniupkan semangat agar setiap dasar pendidikan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Sebanyak RM174.8 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Johor 2026 merangkumi 35 inisiatif utama di bawah portfolio pendidikan dan penerangan dengan RM11.8 juta daripadanya untuk penerangan.
"Manfaat inisiatif utama bukan sahaja dinikmati murid sekolah, tetapi juga guru, mahasiswa, belia, pengamal media dan petugas barisan hadapan sekolah," katanya.
Aznan berkata kerajaan negeri komited untuk memastikan setiap lapisan masyarakat merasai nikmat pembangunan negeri dan tiada yang tercicir daripada arus kemajuan Johor.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Program Back To School dengan peruntukan RM30.2 juta, termasuk tiket penerbangan dan bas percuma, diumumkan dalam Belanjawan 2026 Johor untuk meringankan beban anak Johor dalam pendidikan.
- Inisiatif menyediakan bantuan pakaian sekolah kepada 189,000 murid B40 dan asnaf, serta bantuan tiket penerbangan dan bas percuma kepada mahasiswa, memberi sokongan moral dan kewangan kepada penerima.
- Peruntukan RM174.8 juta dalam Belanjawan 2026 menggariskan 35 inisiatif pendidikan dan penerangan, menunjukkan komitmen kerajaan negeri Johor dalam memastikan keselamatan, kualiti pendidikan, dan pembangunan merentasi lapisan masyarakat.